Wednesday, 28 March 2012
7 perkara tak boleh diubah dalam hidup
Hari ini saya ingin bercerita kepada anda mengenai 7 perkara yang kita tidak boleh ubah dalm hidup iaitu:
- Jantina.Walaupun pembedahan menukar jantina boleh dilakukan tetapi ia tidak mampu mengubah roh individu berkenaan. oleh itu, kita hendaklah menerima diri kita seadanya
- Hari kelahiran. Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya.
- Bentuk fizikal. Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.
- Masa lalu. Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran.
- Kedudukan dalam keluarga. Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.
- Suku bangsa. Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir.
- Orang tua. Kita mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu
seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak
situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan
teguran memang tidak boleh berhenti.
Tuesday, 27 March 2012
Hiburan Positif Tenangkan Jiwa
Kali ini saya ingn berkongsi dengan anda semua tentang sebuah artikel yang saya pernah baca di dalam sebuah akhbar yang bertajuk Hiburan Positif Tenangkan Jiwa. Ramai di antara kita menggemari hiburan dan sesetengah mereka menganggap hiburan adalah keperluan bagi mengurangkan tekanan.. termasuklah saya.. hehe.. tetapi hiburan bukanlah semata berkenaan nyanyian, konsert, pesta, berkaraoke atau pergi ke kelab malam malah melihat keindahan alam, beriadah, melancong dan berkelah serta ekspidisi juga termasuk sebahagian daripada hiburan.
Terdapat tiga kategori hiburan:
Terdapat tiga kategori hiburan:
- Bagi seorang mukmin, iman, ibadat, wirid, zikir dan apa sahaja perbuatan yang membawa pahala daripada Allah dianggap hiburan. Ini kerana hasil daripada itu ialah ketenangan dan ketenteraman. Jiwa akan sentiasa hidup, segar dan emosi pula terkawal. Itulah yang dimaksudkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang.”
- Hiburan kategori kedua pula, iaitu apa saja cara yang dapat menghilangkan keresahan dan kerunsingan yang tidak bertentangan dengan syariat dan akidah. Jika dihayati hiburan jenis ini dapat dijadikan cara bagi mendekatkan diri kepada Allah. Ia seperti kita pergi berkelah untuk menghilangkan rasa bosan selain dapat merasai kehebatan ciptaan Allah sehingga meresap ke dalam jiwa sehingga timbul rasa gerun kepada-Nya.
- Kategori dan paling popular di kalangan orang ramai terutama muda-mudi ialah konsert nyanyian yang melalaikan, berpesta, kelab malam dan keluar berpasangan. Tapi keseronokan itu tidak memberi kebahagiaan atau ketenangan malah ia beransur-ansur membawa kesan buruk dan negatif untuk jangka panjang. Hiburan kategori ini mendatangkan kesan buruk pada hati yang tidak dapat dikesan. Hati akan menjadi keras, gelap, kemudian terhalang daripada mendapat kelazatan mengingati Allah, malah sukar menerima kebenaran.
Thursday, 22 March 2012
Wednesday, 21 March 2012
Muzium Padi Kedah
Hari ini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang tempat yang pernah saya dan keluarga saya lawati semasa cuti sem yang lepas ... 'Muzium Padi' yang terletak di Kedah.. Muzium ini terletak di Gunung Keriang daerah Alor Star. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman dan penuaian padi di Kedah serta turut menjalankan penyelidikan ke atas penanaman padi.
Muzium ini dibangunkan sebagai salah satu kawasan tarikan pelancong. Muzium ini terbahagi kepada 2 tingkat ruang pameran dan satu tingkat ke atas tempat lakaran pemandangan Bukit Keriang. Tingkat atas tempat lakaran tu memang cantik.. lakaran pemandangan memang nampak 'real'.. kreatif sungguh!!
Menarik kan tempat ini.. jika berkesempatan saya juga ingin melawat muzium ini lagi kerana pemandangannya yang sangat indah.. oleh itu kepada mereka yang berkunjung ke Kedah jangan la melepaskan peluang untuk melawat Muzium Padi Kedah... Cuti-cuti Malaysia
![]() |
| Bangunan Muzium Padi Kedah |
![]() |
| Pintu masuk Muzium Padi Kedah |
Muzium ini dibangunkan sebagai salah satu kawasan tarikan pelancong. Muzium ini terbahagi kepada 2 tingkat ruang pameran dan satu tingkat ke atas tempat lakaran pemandangan Bukit Keriang. Tingkat atas tempat lakaran tu memang cantik.. lakaran pemandangan memang nampak 'real'.. kreatif sungguh!!
![]() | |
| contoh lakaran di tingkat atas Muzium Padi Kedah |
Aktiviti petang semasa di rumah
Kali ini saya nak ceritakan aktiviti yang slalu saya buat di waktu petang kalo saya balik ke rumah...
Sebenarnye kebanyakan waktu petang saya dihabiskan di kebun ayah saya sbb adik saya yg paling kecik tu mmg tak sah kalo petang2x tak pegi kebun..ape lagi meraung la dia kalo tak dapat nak pegi dan ayah saya la yg mnjadi peneman setia adik saya di kebun tu tp kalo ayah saya tak dapat nak anta adik pegi kebun saya la yg akn menjadi mangsa utk membawanya ke sana. . tp tak pe sbb saya pun mmg suke pegi sane melihat pokok-pokok kehijauan sejuk mata memandang.. hehe.. jarak dari rumah kek kebun tu tak la jauh sangat tp kene la naik kenderaan dan bagi mereka yg kaki joging tu kalo nak pegi jln kaki no hal la..
Nak tau tak pe yg adik saya buat kat kebun tu.. dekat kebun tu ade la kolam ikan tilapia dan dia asyik memancing ikan je.. tp bagus gak la sbb bile dapat ikan ape lagi buat lauk la..hehe.. nak tau ape yang lagi seronok mesti la waktu musim buah.. tp skrng ni blom musim lagi.. durian pun baru keluar bunga je..
inilah aktiviti saya sebagai seorang budak kampung... sekian
Sebenarnye kebanyakan waktu petang saya dihabiskan di kebun ayah saya sbb adik saya yg paling kecik tu mmg tak sah kalo petang2x tak pegi kebun..ape lagi meraung la dia kalo tak dapat nak pegi dan ayah saya la yg mnjadi peneman setia adik saya di kebun tu tp kalo ayah saya tak dapat nak anta adik pegi kebun saya la yg akn menjadi mangsa utk membawanya ke sana. . tp tak pe sbb saya pun mmg suke pegi sane melihat pokok-pokok kehijauan sejuk mata memandang.. hehe.. jarak dari rumah kek kebun tu tak la jauh sangat tp kene la naik kenderaan dan bagi mereka yg kaki joging tu kalo nak pegi jln kaki no hal la..
![]() | |||
| ini la bunga durian.. |
Wednesday, 14 March 2012
Sungai Gabai
pernahkah anda mengunjungi atau mendengar dari sahabat dan saudara mara anda tentang Sungai Gabai? hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang sungai ini kerana ia merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi jika anda melawat ke Hulu Langat, Selangor..Air terjun Sungai Gabai terletak di Kampung Sungai Lui, mukim Hulu Langat...sebenarnya dekat je dengan rumah saya. hehe... air terjun ini ada 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat paling atas... kiranya memang penat la nak mendaki tangga tu sampai tingkat atas..Sungai Gabai mengalir dari Gunung Besar Hantu (1462 m) yang terletak di Negeri Sembilan.. pemandangannya sangat cantik.. memang ramai yang datang kat sini sampaikan setiap hujung minggu mesti berlaku kesesakan lalu lintas berhampiran rumah saya sebab ramai ibu bapa yang membawa anak mereka berkelah di sini... kepada yang berkesempatan untuk singgah di Dusun Tua, Hulu Langat tu marilah bermandi-manda di Sungai Gabai...
![]() |
| inilah air terjun Sungai Gabai |
Sunday, 11 March 2012
Oh Banjir....
Pada ari rabu lepas tibe-tibe je ayah call bagi tau "zati rumah banjir" ... mule-mule tu terkejut gak sbb aku kat UKM mne tau pape kn.. mmg kat sini hujan lebat tapi ingat kan biasa je... ayah kata air naik tinggi sangat kat rumah.. seingat aku ayah pernah cerita kali terakhir Dusun Tua (nama kawasan rumah aku) banjir teruk tahun 1993 kot masa tu aku ni baru je tengah belajar berjalan.. tapi ayah kata banjir kali ni lagi teruk.. adik aku tu plak bukan main suka dia bila dapat main air sempat lagi dia kata " zati, imran tengah tangguk ikan ni ".. budak ni bukan tahu takut.. bahaya betul la.. nasib baik la abang aku ada kat rumah boleh la dia tolong ayah angkat barang-barang yang berat belaka tu.. aku geram + sedih gak la sebab waktu tu takde kat rumah tak dapat merasa main air (bukan nak tolong kat rumah).. huhu..
tapi kesian kat mak sebab byk bende nak kene
kemas.. sory mak.. zati tak dapat tolong sebab tak balik minggu ni (aktiviti kolej+assignment yang bertimbun tak siap lagi).. tapi aku bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku waktu tu.. adik-adik aku yang kat rumah tu longgar kan la tulang korang pegi bantu mak kemas rumah ye.. SELAMAT MENGEMAS RUMAH.. bye
kemas.. sory mak.. zati tak dapat tolong sebab tak balik minggu ni (aktiviti kolej+assignment yang bertimbun tak siap lagi).. tapi aku bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku waktu tu.. adik-adik aku yang kat rumah tu longgar kan la tulang korang pegi bantu mak kemas rumah ye.. SELAMAT MENGEMAS RUMAH.. bye
![]() |
| rumah saya suda banjir la.. |
Wednesday, 7 March 2012
salam.. kembali lagi saya di sini.. hehe.. hari ni bermula la FESTIVAL SANJUNGAN SATRIA 2012 (FESSAT) anjuran KOLEJ TUN HUSSEIN ONN yang bertempat di Dataran Panggung Seni, UKM sehingga 11 Mac 2012 iaitu bersamaan ahad ni.. pelbagai program & aktiviti menarik anda!! semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi festival ni..
malam tadi saya berpeluang bermain alat muzik yang bernama ANGKLUNG.. best sebab dapat mempelajari sesuatu yang baru.... hehe.. sekian saja untuk kali ni.. bye
malam tadi saya berpeluang bermain alat muzik yang bernama ANGKLUNG.. best sebab dapat mempelajari sesuatu yang baru.... hehe.. sekian saja untuk kali ni.. bye
Subscribe to:
Comments (Atom)










