Tuesday, 27 March 2012

Hiburan Positif Tenangkan Jiwa

Kali ini saya ingn berkongsi dengan anda semua tentang sebuah artikel yang saya pernah baca di dalam sebuah akhbar yang bertajuk Hiburan Positif Tenangkan Jiwa. Ramai di antara kita menggemari hiburan dan sesetengah mereka menganggap hiburan adalah keperluan bagi mengurangkan tekanan.. termasuklah saya.. hehe.. tetapi hiburan bukanlah semata berkenaan nyanyian, konsert, pesta, berkaraoke atau pergi ke kelab malam malah melihat keindahan alam, beriadah, melancong dan berkelah serta ekspidisi juga termasuk sebahagian daripada hiburan.

Terdapat tiga kategori hiburan:
  • Bagi seorang mukmin, iman, ibadat, wirid, zikir dan apa sahaja perbuatan yang membawa pahala daripada Allah dianggap hiburan. Ini kerana hasil daripada itu ialah ketenangan dan ketenteraman. Jiwa akan sentiasa hidup, segar dan emosi pula terkawal. Itulah yang dimaksudkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang.” 
  •  Hiburan kategori kedua pula, iaitu apa saja cara yang dapat menghilangkan keresahan dan kerunsingan yang tidak bertentangan dengan syariat dan akidah. Jika dihayati hiburan jenis ini dapat dijadikan cara bagi mendekatkan diri kepada Allah. Ia seperti kita pergi berkelah untuk menghilangkan rasa bosan selain dapat merasai kehebatan ciptaan Allah sehingga meresap ke dalam jiwa sehingga timbul rasa gerun kepada-Nya. 
  • Kategori dan paling popular di kalangan orang ramai terutama muda-mudi ialah konsert nyanyian yang melalaikan, berpesta, kelab malam dan keluar berpasangan. Tapi keseronokan itu tidak memberi kebahagiaan atau ketenangan malah ia beransur-ansur membawa kesan buruk dan negatif untuk jangka panjang. Hiburan kategori ini mendatangkan kesan buruk pada hati yang tidak dapat dikesan. Hati akan menjadi keras, gelap, kemudian terhalang daripada mendapat kelazatan mengingati Allah, malah sukar menerima kebenaran. 
Justeru, orang yang dapat hiburan hakiki umpama mendapat hidangan makanan yang lazat lagi enak dan tidak perlu lagi pada gula-gula yang tidak berkhasiat. Oleh itu, sebagai hamba Allah kita seharusnya menggunakan nikmat yang diberi untuk ke arah kebaikan.. sekian

No comments:

Post a Comment