Hari ini saya ingin bercerita kepada anda mengenai 7 perkara yang kita tidak boleh ubah dalm hidup iaitu:
- Jantina.Walaupun pembedahan menukar jantina boleh dilakukan tetapi ia tidak mampu mengubah roh individu berkenaan. oleh itu, kita hendaklah menerima diri kita seadanya
- Hari kelahiran. Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih
tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita
menyesalinya.
- Bentuk fizikal. Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu
kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita
lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan
hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan
tidak semula jadi.
- Masa lalu. Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran.

- Kedudukan dalam keluarga. Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.
- Suku bangsa. Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya
perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir.
- Orang tua. Kita mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu
seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak
situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan
teguran memang tidak boleh berhenti.
No comments:
Post a Comment