Wednesday, 25 April 2012

Elakkan Penangguhan

Masalah bertangguh merupakan masalah yang sering melanda diri kita. Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang. Berikut dikongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.

1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?

2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil

3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.

4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.

5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.

6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.

7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.

8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

Kuasa Perkataan

Tanpa kita sedari perkataan sememangnya mempunyai kuasa. Ia mampu membentuk diri individu. Perkataan yang dilemparkan mampu memberi respon positif ataupun negatif daripada diri. Ianya berbalik kepada perkataan itu. Oleh itu, jika kita ingin menjadi seorang yang bermotivasi, pemilihan perkataan adalah amat penting. Dua perkataan yang dapat dikaitkan dengan persoalan yang sering dilemparkan kepada diri adalah 'Mengapa' dan 'Bagaimana'. 

 
Bagaimana?
Bagaimana adalah perkataan berbentuk positif. Ia mengarah kita kepada sesuatu yang lebih baik. Contohnya apabila kita melihat sesuatu atau sedang menghadapi masalah, kita bertanya kepada diri ataupun sekeliling, bagaimana dia melakukannya? Apabila perkataan yang tepat dilontarkan, jawapan yang tepat juga dikeluarkan. Kita akan mula memikir dan mencari bagaimana perkara itu dapat dibuat atau diselesaikan. 'Bagaimana' membawa kepada penyelesaian masalah.


Mengapa?
Seterusnya adalah 'mengapa'. Mengapa adalah perkataan yang membawa ke arah negatif. Apabila kita menghadapi masalah, anda mungkin mengatakan mengapa ianya terjadi kepada kita. Mengapa membawa kita kepada alam alasan. Ia membantu kita membina seribu alasan. Walau ia nampaknya 'baik' kerana membuat kita seorang yang tidak bersalah, tetapi sebenarnya ianya tidak membantu kita untuk masa jangka panjang. 'Mengapa' adalah perkataan lemah.

Oleh itu, apabila kita menghadapi sesuatu masalah atau keadaan, berhati-hatilah memilih perkataan yang ingin ditanya. Perkataan yang betul adalah amat penting dalam memperolehi keputusan yang diingini.

Wednesday, 18 April 2012

Cara Mengurangkan Stres

Salam.. hari ini saya ingin berkongsi dgn anda semua ttg cara utk mengurangkn stres. Lima minit bukanlah satu jangka masa yang lama, tetapi ia akan menjadikan kehidupan anda lebih baik dan positif sekiranya anda melakukan perkara yang boleh meningkatkan kegembiraan dan mengurangkan tekanan. Antara cara-caranya ialah:

  • Ubah suai tempat tidur anda. Bermula setiap pagi dengan mewujudkan persekitaran tenang di dalam bilik tidur mampu memberikan emosi gembira kepada anda. Penulis buku Kebahagiaan Gretchen Rubin, menulis ramai orang akan mendapat ketenangan apabila melakukannya setiap pagi. Caranya mungkin dengan menghias bilik dengan kuntuman bunga, membuat semburan wangian atau menggantungkan gambar keluarga.
  • Bawa makanan berkhasiat. Sebelum keluar pada waktu pagi, apa kata anda pergi ke dapur dan ambil buah-buahan seperti pisang, epal dan anggur atau makanan ringan berkhasiat seperti kacang, kismis atau kurma untuk dimakan atau dibawa ke pejabat. Dengan cara ini, apabila perut lapar pada waktu petang anda hanya perlu mencapai makanan dari dalam beg tangan dan bukannya mencari coklat atau biskut di kedai.
  • Kemas meja. Anda tidak mungkin dapat merevolusikan almari dalam masa lima minit, tetapi anda boleh menguruskan meja supaya kemas, bersih dan teratur. Bersihkan kertas bersepah dan tidak digunakan, cawan berselerak atau habuk pada skrin komputer. Meja yang tidak kemas akan membuatkan anda hilang tumpuan, sekali gus mengurangkan produktiviti. Persekitaran yang baik dan selesa meningkatkan motivasi anda.
  • Mendengar muzik. Kajian mendapati mendengar muzik bukan saja membantu menenangkan jiwa, tetapi merendahkan tekanan darah dan meningkatkan kegembiraan. Muzik sesuai berkuasa mengubah minda dan sikap. Jadi memuat turun lagu menerusi alat pemain MP3 dan mendengarnya ketika bekerja atau di rumah mampu membuatkan anda tersenyum sepanjang hari.
  • Buat aktiviti reganganMengangkat tangan di kepala serta meluruskan kaki adalah senaman ringkas dan berkesan mengurangkan tekanan. Ini kerana regangan membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan pada otot.
  • Luahkan apa yang terbuku di hati. Ini boleh dilakukan dengan menulis perkara yang membuatkan anda tertekan. Misalnya tekanan dalam kesesakan lalu lintas, masalah dengan teman sekerja atau kerja yang terlalu banyak. Dengan cara ini dapat mengurangkan masalah anda.
  • Mematikan peralatan elektronik. Merenung skrin komputer dan elektronik sepanjang hari boleh menyebabkan anda kurang aktif dan tidak bertenaga. Jadi padamkan semua peralatan elektronik seperti telefon dan komputer riba. Ini adalah penting terutamanya membolehkan anda berehat dan bersantai sebelum tidur.
  • Senarai keutamaan. Kerja anda akan menjadi lebih mudah sekiranya anda menyenaraikan keutamaan. Ini membolehkan anda membuat susunan perkara yang perlu dilakukan dulu dan mengelak berlakunya penangguhan. Membuat senarai dan menyemak setiap tugas juga dapat meningkatkan produktiviti anda.

Tuesday, 17 April 2012

Minggu Usahawan Satria KTHO

Pada hari ini kolej kediaman saya iaitu Kolej Tun Hussein Onn telah mengadakan majlis perasmian Minggu Usahawan Satria (MUS) yg bertempat di Pusanika. MUS ini diadakan selama 5 hari iaitu bermula pd 16 April sehingga 20 April. Pelbagai gerai jualan yg dibuka di Pusanika spt makanan, pakaian dan brgn lain. Kepada yg belum daftar sbg pengundi utk pilihan raya juga boleh pergi ke Pusanika utk mendaftar. Terdpt byk aktiviti yg turut diadakn sepanjang berlangsungnya MUS ini spt pertandingan tulisan khat dan kaligrafi cina serta debat antara kolej-kolej kediaman di UKM. Oleh itu anda semua dijemput dtg beramai-ramai ke Pusanika utk memeriahkn lagi MUS ni krn pelbagai hadiah menarik menanti anda...

Thursday, 12 April 2012

Sifat Marah

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang sifat marah yang pernah saya baca dalam sebuah artikel.. Siapakah yang tidak pernah marah? Ia adalah sifat semula jadi yang dibekalkan Allah dalam diri manusia sama ada untuk menguji atau sebagai alat membela. Pendek kata, sifat marah jika digunakan pada tempat dan masa yang sesuai memberi manfaatnya. Jika ada orang mempermainkan Islam kita perlu marah dan mempertahankannya. Begitu juga jika negara diceroboh, kita mesti marah dan ambil tindakan membelanya. Marah yang tidak bertempat sering kali mengundang permusuhan, hasad dengki, pertengkaran malah pembunuhan. Marah menyebabkan kita kehilangan pertimbangan dan kewarasan. Sememangnya sifat marah adalah sebahagian daripada diri kita tetapi yang penting bukan buang sifat marah itu tetapi mengawal dan menggunakannya pada tempat yang sepatutnya.

 Berikut merupakan beberapa cara bagi mengawal perasaan marah:

1. Apabila sedang marah maka hendaklah membaca “ta’awwudz” (memohon perlindungan) kepada Allah sebab pada hakikatnya perasaan marah yang tidak dapat dikawal adalah daripada dorongan syaitan.

Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seseorang di antaramu marah maka katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Allah’, maka marahnya akan menjadi reda”. (Riwayat Abi Dunya).

2. Berusahalah untuk diam atau tidak banyak bicara, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila salah seorang di antara kamu marah maka diamlah.” (Riwayat Ahmad).

3. Jika sedang marah dalam keadaan berdiri maka duduklah, bila duduk masih marah maka berbaringlah. Hal itu ditegaskan Nabi, “Marah itu daripada setan, maka apabila salah seorang di antaramu marah dalam keadaan berdiri duduklah dan apabila dalam keadaan duduk maka berbaringlah.” (Riwayat Asy-Syaikhany).

4. Apabila sudah ta’awwudz, diam, duduk, dan berbaring tidak mampu mengendalikan amarah maka usaha terakhir yang boleh dilakukan ialah dengan cara berwuduk atau mandi.

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan dijadikan daripada api. Dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, apabila seseorang di antaramu marah maka berwuduklah atau mandilah.” (Riwayat Ibnu Asakir, Mauquf). Selamat mencuba!

Cuti pertengahan semester

Minggu ni adalah minggu yg sgt menyeronokkan.. mesti semua tahu kan knape,, sbb minggu ni ialah  cuti mid sem selama 1 minggu yg bermula pd 7 april.. dpt la kami semua pulang ke kampung halaman masing2x ( walaupun saya slalu balik umah )..hehe.. cuti ni sebenarnya sebagai persediaan utk kami menghadapi peperiksaan pertengahan sem 2 mknenye cuti ni kene la study hard kn tp bile dah sampai rumah tu mcm2x la aktivitinya.. macam saya ni setiap ari menghadap TV je pastu main game tp yg bestnye waktu petang mesti saya dan keluarga saya pergi kebun bukan sbb nak kutip durian tau tp kali ni petik limau plak.. kirenye saya exercise la tu... tp kn sedih pun ade gak sbb tinggal berapa ari je lagi nak duduk umah pastu kene balik UKM.. buku pun jarang2x je bukak.. ape la nak jd kat saya ni kn ske sgt study last minute dan minggu depan b'mulalah cabaran utk menghadapi exam mid -sem (walaupun persediaan saya nak exam x cukup lagi ).. apepun selamat bercuti kawan-kawan : )  

Tuesday, 3 April 2012

Teman yang Membawa ke Arah Kebaikan

'Post' sye pd kali ini menceritakan tentang memilih teman yang membawa ke arah kebaikan krn sye pasti anda smua mempunyai teman masing-masing..Terdapat beberapa faktor yang membuatkan kita rosak, antaranya teman dan salah memilih sahabat. Allah s.w.t mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, mereka tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari daripada berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu. 
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu. 
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu. 
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik. 
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. 
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya. 
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya. 
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu. 
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu. 
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu. 
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu. 
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 
  • Dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat 
  • Dia mendorong kamu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.  
Kesimpulannya, kita mestilah mencari teman baik yang dapat membantu. Teman paling baik juga ialah apabila kita melihat wajahnya, kita akan teringat kepada Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya kita akan mengingati mati.

Monday, 2 April 2012

Program Adik Angkat

Pada ari rabu yg lepas kolej kediaman sye iaitu KTHO ade mengadakan program lawatan sambil belajar ke UKM oleh SMK Tok Janggut.. kirenye skolah tu dtg melawat UKM la.. yg menariknye bilik sye dan beberapa bilik kawan yang lain dijadikan penempatan untuk pelajar skola tersebut b'malam. Maknenye saya dpt la 2 org adik angkat yg b'asal dr Kelantan. Dpt la sye b'kenalan dgn org Kelantan.. hehe.. seronok sbb dpt la blaja ckp Kelantan walaupun beberape ari je. Pelajar-pelajar yg datang tu merupakan pelajar ting.6 atas.. beza umur sye dan adik angkat tu pun setahun je.. xde la kakak sgt kn.. hehe.. Tp kesian gak kat 'adik angkat' tu sbb sye x dapat menyediakn tmpt tidur yg selesa. Bilik sye ade 2 tilam je tp kami kene kongsi 4 org mmg sempit la kn.. t'paksa la b'himpit.. nasib baik dyeorg 'stedy je lagi'.. bestnye sbb dpt menambah kenalan dr negeri Cik Siti Wan Kembang. Kami juga diberitahu oleh JAKSA kolej kami kemungkinan bulan April ni skola dr Tangkak mungkin menyusul slps ni.. tak tau la sama ada bilik sye ni t'pilih ke tak utk menjadi penempatan pelajar skola t'sebut... sama-samalah kita menantikannya...