- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
- Dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
- Dia mendorong kamu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Tuesday, 3 April 2012
Teman yang Membawa ke Arah Kebaikan
'Post' sye pd kali ini menceritakan tentang memilih teman yang membawa ke arah kebaikan krn sye pasti anda smua mempunyai teman masing-masing..Terdapat beberapa faktor yang membuatkan kita rosak, antaranya teman dan salah memilih sahabat. Allah s.w.t mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan.
Begitu juga manusia, mereka tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak
boleh lari daripada berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang.
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai
berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa
perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih
orang yang sifatnya seperti berikut:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment