Salam.. hari ini saya ingin berkongsi dgn anda semua ttg cara utk mengurangkn stres. Lima minit bukanlah satu jangka masa yang lama, tetapi ia akan
menjadikan kehidupan anda lebih baik dan positif sekiranya anda
melakukan perkara yang boleh meningkatkan kegembiraan dan mengurangkan
tekanan. Antara cara-caranya ialah:
- Ubah suai tempat tidur anda. Bermula setiap pagi dengan mewujudkan persekitaran tenang di dalam
bilik tidur mampu memberikan emosi gembira kepada anda. Penulis buku
Kebahagiaan Gretchen Rubin, menulis ramai orang akan mendapat ketenangan
apabila melakukannya setiap pagi. Caranya mungkin dengan menghias bilik
dengan kuntuman bunga, membuat semburan wangian atau menggantungkan
gambar keluarga.
- Bawa makanan berkhasiat. Sebelum keluar pada waktu pagi, apa kata anda pergi ke dapur dan
ambil buah-buahan seperti pisang, epal dan anggur atau makanan ringan
berkhasiat seperti kacang, kismis atau kurma untuk dimakan atau dibawa
ke pejabat. Dengan cara ini, apabila perut lapar pada waktu petang anda
hanya perlu mencapai makanan dari dalam beg tangan dan bukannya mencari
coklat atau biskut di kedai.
- Kemas meja. Anda tidak mungkin dapat merevolusikan almari dalam masa lima minit,
tetapi anda boleh menguruskan meja supaya kemas, bersih dan teratur.
Bersihkan kertas bersepah dan tidak digunakan, cawan berselerak atau
habuk pada skrin komputer. Meja yang tidak kemas akan membuatkan anda
hilang tumpuan, sekali gus mengurangkan produktiviti. Persekitaran yang
baik dan selesa meningkatkan motivasi anda.
- Mendengar muzik. Kajian mendapati mendengar muzik bukan saja membantu menenangkan
jiwa, tetapi merendahkan tekanan darah dan meningkatkan kegembiraan.
Muzik sesuai berkuasa mengubah minda dan sikap. Jadi memuat turun lagu
menerusi alat pemain MP3 dan mendengarnya ketika bekerja atau di rumah
mampu membuatkan anda tersenyum sepanjang hari.
- Buat aktiviti reganganMengangkat tangan di kepala serta meluruskan kaki adalah senaman
ringkas dan berkesan mengurangkan tekanan. Ini kerana regangan membantu
meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan pada otot.
- Luahkan apa yang terbuku di hati. Ini boleh dilakukan dengan menulis perkara yang membuatkan anda tertekan.
Misalnya tekanan dalam kesesakan lalu lintas, masalah dengan teman
sekerja atau kerja yang terlalu banyak. Dengan cara ini dapat
mengurangkan masalah anda.
- Mematikan peralatan elektronik. Merenung skrin komputer dan elektronik sepanjang hari boleh
menyebabkan anda kurang aktif dan tidak bertenaga. Jadi padamkan semua
peralatan elektronik seperti telefon dan komputer riba. Ini adalah
penting terutamanya membolehkan anda berehat dan bersantai sebelum
tidur.
- Senarai keutamaan. Kerja anda akan menjadi lebih mudah sekiranya anda menyenaraikan keutamaan.
Ini membolehkan anda membuat susunan perkara yang perlu dilakukan dulu
dan mengelak berlakunya penangguhan. Membuat senarai dan menyemak setiap tugas juga dapat meningkatkan produktiviti anda.
No comments:
Post a Comment