Thursday, 7 June 2012

Menuntut ilmu...

Kali ini saya ingin berkongsi pula tentang konsep menuntut ilmu.  Ilmuan Islam membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah.

Contoh Ilmu Fardhu Ain ialah :
  • Ilmu asas tauhid atau aqidah
  • Ilmu asas membaca Al-Quran
  • Ilmu Fiqah
  • Ilmu akhlak
Contoh Ilmu Fardhu Kifayah ialah :
  • Ilmu perubatan
  • Ilmu Sains dan Teknologi
  • Ilmu Perdagangan
Ilmu sesuatu yang berharga dan mulia. Oleh itu setiap individu mestilah menjaga adab-adab menuntut ilmu. Antaranya :
  • Menumpukan perhatian ketika guru mengajar
  • Mematuhi disiplin dan peraturan
  • Bercakap sopan dengan guru
  • Bertanya kepada guru apabila tidak faham 
  • Membuat tugsan dan latihan yang diberikan
  • Mematuhi nasihat guru 
  • Sentiasa berusaha dan berdoa memohon kejayaan
Mempelajari sesuatu ilmu mempunyai banyak kepentingan, seperti :
  • Meningkatkan keyakinan tentang kewujudan dan kekuasaan Allah S.W.T
  • Dapat melaksanakan sesuatu ibadah dan amalan dengan cara yang betul
  • Tidak mudah ditipu dan dipermainkan oleh orang lain
  • Meningkatkan kecemerlangan diri, keluarga dan masyarakat
Islam menggalakkan setiap umatnya berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan sama ada secara formal atau tidak formal. Justeru, kita sebagai umat Islam hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.

Wednesday, 6 June 2012

Komunikasi

Komunikasi adalah satu proses pertukaran maklumat dan idea antara dua orang atau lebih untuk menghasilkan maklum balas.

Amalan berkomunikasi secara beradab :
  • Memberi salam terlebih dahulu
  • Meminta izin untuk berbicara
  • Tidak menyinggung perasaan orang lain
  • Melihat situasi dan keadaan yang sesuai sebelum berbicara
Amalan berkomunikasi secara tidak beradab :
  • Tidak memberi salam terlebih dahulu
  • Meningggikan suara ketika berkomunikasi
  • Berbicara dengan perkataan yang kesat dan kotor
Berikut adalah perkara yang seharusnya dilakukan oleh seseorang itu apabila  berkomunikasi. Antaranya ialah :
  • Bercakap benar pada semua keadaan
  • Memohon maaf sekiranya terkasar bahasa
  • Bersikap rendah diri 
  • Mengucapkan perkataan yang baik dan berfaedah
  • Bercakap lemah lembut dengan memandang muka pendengar  
  • Menyesuaikan percakapan dengan majlis yang dihadiri
Apabila seseorang individu itu beradab ketika berkomunikasi, ia menjadikan maruah individu tersebut terjaga, disayangi masyarakat dan melahirkan suasana harmoni serta menjauhkan kita dari prasangka yang buruk dan salah faham. Sebaliknya, antara akibat apabila kita tidak beradab ketika berkomunikasi, ia akan menyebabkan kita dipandang rendah oleh masyarakat, hubungan dengan rakan dan orang lain menjadi renggang dan menunjukkan peribadi dan perangai yang buruk kepada orang ramai.