Thursday, 7 June 2012

Menuntut ilmu...

Kali ini saya ingin berkongsi pula tentang konsep menuntut ilmu.  Ilmuan Islam membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah.

Contoh Ilmu Fardhu Ain ialah :
  • Ilmu asas tauhid atau aqidah
  • Ilmu asas membaca Al-Quran
  • Ilmu Fiqah
  • Ilmu akhlak
Contoh Ilmu Fardhu Kifayah ialah :
  • Ilmu perubatan
  • Ilmu Sains dan Teknologi
  • Ilmu Perdagangan
Ilmu sesuatu yang berharga dan mulia. Oleh itu setiap individu mestilah menjaga adab-adab menuntut ilmu. Antaranya :
  • Menumpukan perhatian ketika guru mengajar
  • Mematuhi disiplin dan peraturan
  • Bercakap sopan dengan guru
  • Bertanya kepada guru apabila tidak faham 
  • Membuat tugsan dan latihan yang diberikan
  • Mematuhi nasihat guru 
  • Sentiasa berusaha dan berdoa memohon kejayaan
Mempelajari sesuatu ilmu mempunyai banyak kepentingan, seperti :
  • Meningkatkan keyakinan tentang kewujudan dan kekuasaan Allah S.W.T
  • Dapat melaksanakan sesuatu ibadah dan amalan dengan cara yang betul
  • Tidak mudah ditipu dan dipermainkan oleh orang lain
  • Meningkatkan kecemerlangan diri, keluarga dan masyarakat
Islam menggalakkan setiap umatnya berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan sama ada secara formal atau tidak formal. Justeru, kita sebagai umat Islam hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.

No comments:

Post a Comment