berdasarkan kajian yang dibuat kepada pelancong yang datang ke Malaysia, perkhidmatan teksi menduduki tempat pertama tentang perkar yang pelancong tidak suka mengenai negara kita, Malaysia. Permintaan tambang berlebihan, keengganan mengambil penumpang, tidak menggunakan meter dan enggan memberikan resit serta menurunkan penumpang di kawasan larangan merupakan aduan yang paling banyak terhadap pemandu teksi dalam kaji selidik ketidakpuasan pelancong yang datang ke Malaysia.Pengguna perlu bijak merancang perjalanan untuk mengelak ditipu oleh pemndu-pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab ini.
Terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan oleh pengguna sebelum menggunakan perkhidmatan teksi.
Kenal pasti jalan yang ingin dilalui dan jumlah tambang
-seperti mana anda merancang perjalanan, anda juga boleh mengenal pasti jalan yang ingin dilalui. Anda boleh bertanyakan pekerja hotel, pegawai polis peronda atau pun posmen. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai jumlah tambang yang sepatutnya dengan menghubungi persatuan-persatuan teksi negeri.
Bawa peta, pensil dan kamera
-Sekiranya anda baru kali pertama pergi ke destinasi tersebut, anda boleh mencatatkan jalan yang digunakan oleh pemandu teksi sebagai rujukan dan langkah berjaga-jaga
Sediakan wang kecil secukupnya
-Tidak memiliki wang baki adalah salah satu alasan yang sering digunakan pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan keuntungan.
Pilih teksi yang menggunakan meter
-Segelintir pemandu teksi yang degil masih enggan menggunakan meter dan mengenakan bayaran sesuka hati. Anda perlu bertanyakan kepada pemandu sama ada teksi tersebut menggunakan meter atau tidak terutamanya apabila anda kali pertama tiba di tempat tersebut.
Simpan resit
-Resit diperlukan sebagai tuntutan dan sebagai bukti sekiranya berlaku kesalahan.
Pilih untuk duduk di kerusi penumpang belakang
-Rompakan dan pencabulan boleh berlaku tanpa kita duga. Memilih untuk duduk di kerusi penumpang bahagian belakang adalah pilihan yang bijak terutamanya sekiranya anda adalah penumpang wanita dan bersendirian.
Tuesday, 15 May 2012
Wednesday, 9 May 2012
MAP...
Esok bersamaan 10 Mei iaitu hari Khamis, kolej kediaman saya ( KTHO ) akan mengadakan majlis makan malam atau lebih dikenali sebagai Malam Anugerah Pelajar ( MAP ). Dan sebagai salah seorang ahli jawatankuasa MAP saya turut terlibat dalam membuat persiapan untuk makan malam ini. Sebenarnya persiapan utk mkn mlm ini telah lama dijlnkan iaitu pd akhir sem satu tp biasalah bile dah saat2x akhir ni mcm-mcm x siap ag.. jamuan ade masalah, keje teknikal x siap lagi, t-shirt MAP x dpt lagi dan saya sbg ajk dekorasi pentas pun x terlepas dr mengalami masalah. Masalah2x ini mungkin berpunca dr ajk sendiri iaitu masing-masing x dpt memberikn komitmen sepenuhnya termasuklah sye sendiri ( asyik x dtg meeting je keje smpai ketua pengarah pun naik angin ).. keje pun asyik b'tangguh je.. tp itulah nmenye keje kumpulan kn mcm2x ragam ade.. perasaan sye pun dah jadi b'campur gembira ade, sedih ade, geram lagi la byk tp sekurang-kurangnya sye dpt la sedikit sebyk pengalaman bagaimne sesuatu program itu b'langsung.. apepun sye b'harap semoga MAP yg bakal b'langsung esok b'jln lancar...
Ikhlas...
Menurut Imam Ghazali terdapat 3 tahap ikhlas:
- Tahap seorang hamba. Ini bermaksud apabila kita melakukan sesuatu perkara itu, kita melaksanakannya kerana takut tuan kita akan marah.
- Tahap seorang pedagang. Tahap ini bermakna kita melakukan sesuatu untuk mendapatkan ganjaran.
- Tahap seorang kekasih. Tahap ini merupakan tahap ikhlas yang paling tinggi kerana kita membuat sesuatu atas dasar sebagai seorang kekasih. Kita melaksanakan ibadah sebab kita cinta akan Allah, sebab kita sayang hubungan kita dengan Allah.
Wednesday, 2 May 2012
Hari yang Memenatkan...
Down.. down.. down... Itulah perkataan yang boleh menggambarkan perasaan saya sekarang ni.. Sebenarnya saya dan kawan-kawan saya merancang utk keluar pada hari ini.. Oleh itu, saya dan kawan saya Ain Syuhada pun memulakan perjalanan ke destinasi pertama kami iaitu Kajang pada pukul 9 pagi. Tujuan saya pergi ke Kajang sebenarnya utk membayar bil telefon rumah seperti yg dipesan oleh emak saya. Sebaik saja saya masuk ke TM Point tu saya pun pergi ke kaunter pertanyaaan utk mengambil no. giliran tetapi diberitahu oleh petugas kaunter tersebut.. " minta maaf cik, hari ini sistem kami down jadi proses pembayaran akan menjadi lambat ". Kebetulan pula saya tidak membawa bil lalu saya menelefon operator TM utk mendptkn no.akaun telefon rumah saya. Setelah menunggu hampir setgh jam barulah operator t'sebut mengangkat telefon.. aishh lambatnya.. lalu saya pun masuk semula ke dlm Tm Point dan mengambil no. giliran.. lama pun lama lah yg penting dpt bayar alang-alang dah sampai kn.. tp kesian kat ain Syuhada sbb dye pun t'paksa tunggu saya.. Sebaik saja tinggal beberapa org lagi sblm smpai ke giliran saya tiba-tiba petugas kaunter meminta maaf skali lagi krn semua sistem sudah ditutup jadi proses pembayaran mmg x dpt dijlnkn.. mmg geram sgt tp nak wat camne xde rezeki nmenye.. Kami pun meneruskn p'jlnn ke destinasi utama kami iaitu Berjaya Times Square (TS)..Tapi kali ni kami b'jln bertiga sbb kwn kami lagi seorg iaitu Hena pun turut bersama kami.. Kami pun meronda-ronda di stp tingkat dan ape lagi.. 'shopping time'.. setelah puas membeli belah lalu kami menaiki KL Monorel utk pergi ke KL sentral.. Sebaik tiba di KL Sentral tiba-tiba kami ditahan oleh sekumpulan lelaki yg memp'knlkn diri mereka sbg agen prepaid celcom. kami dipaksa mengambil 2 sim card yg b'lainan yg dikatakn mempunyai plbagai manfaat dan dikehendaki mendaftar no tersebut.. igtkn daftar je rupenye last skali sblm kami pergi kami dikehendaki membayar komisen kpd 'agen' t'sebut.. mmg terbang la duit lagi kn.. rse t'tipu sgt sbb sim card tu pun x tau betul ke x.. lpas tu waktu nak pergi ke KTM KL Sentral utk pulang ke UKM tiba-tiba saya ditahan pula seorg lelaki bangsa Cina yg menyuruh saya mengisi borang.. Saya rase pelik dan terus b'jln pergi tp lelaki t'sebut terus mengejar saya.. mmg saya jln mcm lipas kudung la.. nasib baik lpas tu dye berhenti kejar.. dah la tgh hujan lebat.. mmg seram rsenye.. Mcm-mcm yg jadi tp akhirnya saya sampai juga ke UKM semula pukul 7 ptg.. penat sgt rsenye tp padan muka sape yg sgt keluar kn.. apepun terima kasih kpd Ain Syuhada dan Hena sbb sudi menemani saya ari ni.. mcm-mcm la.. mule2x 'system down' pastu 'server down' last kali ape lagi 'shut down' la...
Tuesday, 1 May 2012
Mata..
Seringkali kita menyebut ' letihnya tangan aku..' apabila kita menulis terlalu lama. Namun bukan sahaja tangan malah mata juga merupakan anggota badan yang sering mengalami keletihan tanpa kita sedari. Antara punca yang menyebabkan mata letih dan penat ialah :
1.Terlalu fokus
Apabila kita melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata kita akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.
2.Masalah mata
Mata cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata kita sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaannya.
3.Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata akan berasa cepat letih.
4.Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata bekerja lebih masa.
5.Jarang berkelip
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini kita dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.

Wednesday, 25 April 2012
Elakkan Penangguhan
Masalah bertangguh merupakan masalah yang sering melanda diri kita. Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau
tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang. Berikut dikongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.
1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
6. Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

Kuasa Perkataan
Tanpa kita sedari perkataan sememangnya mempunyai kuasa. Ia mampu membentuk diri individu. Perkataan yang dilemparkan mampu
memberi respon positif ataupun negatif daripada diri. Ianya berbalik
kepada perkataan itu. Oleh itu, jika kita ingin menjadi seorang yang
bermotivasi, pemilihan perkataan adalah amat penting. Dua perkataan yang dapat dikaitkan dengan persoalan yang sering dilemparkan kepada diri adalah 'Mengapa' dan 'Bagaimana'.
Oleh itu, apabila kita menghadapi sesuatu masalah atau keadaan, berhati-hatilah memilih perkataan yang ingin ditanya. Perkataan yang betul adalah amat penting dalam memperolehi keputusan yang diingini.
Bagaimana?
Bagaimana adalah perkataan berbentuk positif. Ia mengarah kita kepada
sesuatu yang lebih baik. Contohnya apabila kita melihat sesuatu atau
sedang menghadapi masalah, kita bertanya kepada diri ataupun sekeliling,
bagaimana dia melakukannya? Apabila perkataan yang tepat dilontarkan,
jawapan yang tepat juga dikeluarkan. Kita akan mula memikir dan mencari
bagaimana perkara itu dapat dibuat atau diselesaikan. 'Bagaimana' membawa kepada penyelesaian masalah.
Mengapa?
Seterusnya adalah 'mengapa'. Mengapa adalah
perkataan yang membawa ke arah negatif. Apabila kita menghadapi masalah,
anda mungkin mengatakan mengapa ianya terjadi kepada kita. Mengapa
membawa kita kepada alam alasan. Ia membantu kita membina seribu alasan.
Walau ia nampaknya 'baik' kerana membuat kita seorang yang tidak bersalah, tetapi sebenarnya ianya tidak membantu kita untuk masa jangka panjang. 'Mengapa' adalah perkataan lemah. Oleh itu, apabila kita menghadapi sesuatu masalah atau keadaan, berhati-hatilah memilih perkataan yang ingin ditanya. Perkataan yang betul adalah amat penting dalam memperolehi keputusan yang diingini.
Subscribe to:
Posts (Atom)