berdasarkan kajian yang dibuat kepada pelancong yang datang ke Malaysia, perkhidmatan teksi menduduki tempat pertama tentang perkar yang pelancong tidak suka mengenai negara kita, Malaysia. Permintaan tambang berlebihan, keengganan mengambil penumpang, tidak menggunakan meter dan enggan memberikan resit serta menurunkan penumpang di kawasan larangan merupakan aduan yang paling banyak terhadap pemandu teksi dalam kaji selidik ketidakpuasan pelancong yang datang ke Malaysia.Pengguna perlu bijak merancang perjalanan untuk mengelak ditipu oleh pemndu-pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab ini.
Terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan oleh pengguna sebelum menggunakan perkhidmatan teksi.
Kenal pasti jalan yang ingin dilalui dan jumlah tambang
-seperti mana anda merancang perjalanan, anda juga boleh mengenal pasti jalan yang ingin dilalui. Anda boleh bertanyakan pekerja hotel, pegawai polis peronda atau pun posmen. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai jumlah tambang yang sepatutnya dengan menghubungi persatuan-persatuan teksi negeri.
Bawa peta, pensil dan kamera
-Sekiranya anda baru kali pertama pergi ke destinasi tersebut, anda boleh mencatatkan jalan yang digunakan oleh pemandu teksi sebagai rujukan dan langkah berjaga-jaga
Sediakan wang kecil secukupnya
-Tidak memiliki wang baki adalah salah satu alasan yang sering digunakan pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan keuntungan.
Pilih teksi yang menggunakan meter
-Segelintir pemandu teksi yang degil masih enggan menggunakan meter dan mengenakan bayaran sesuka hati. Anda perlu bertanyakan kepada pemandu sama ada teksi tersebut menggunakan meter atau tidak terutamanya apabila anda kali pertama tiba di tempat tersebut.
Simpan resit
-Resit diperlukan sebagai tuntutan dan sebagai bukti sekiranya berlaku kesalahan.
Pilih untuk duduk di kerusi penumpang belakang
-Rompakan dan pencabulan boleh berlaku tanpa kita duga. Memilih untuk duduk di kerusi penumpang bahagian belakang adalah pilihan yang bijak terutamanya sekiranya anda adalah penumpang wanita dan bersendirian.
No comments:
Post a Comment