Ubi kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain daripada dijadikan kanji pemekat kuah masakan.
Dalam mempelopori potensi kegunaan ubi kayu, sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI), yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun, telah berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu yang juga boleh dimakan. Dengan menghasilkan produk daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang berada di pasaran. Memang diakui kini terdapat pelbagai jenis pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan. Ada juga yang dihasilkan daripada bahan petroleum. Justeru, dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 120 hingga 80 hari untuk diuraikan.
Pinggan daripada ubi kayu agak berbeza kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 28 hari.Pinggan ubi kayu juga memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu saiz mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz sebenar.

No comments:
Post a Comment