- TEMPAT BELAJAR
-Perkara ini haruslah diambil berat kerana apabila keadaan tempat belajar kita kemas dan teratur sudah tentu kita dapat belajar sesuatu perkara itu dengan baik. Seeloknya tempat yang baik untuk kita belajar ialah di perpustakaan kerana suasana yang sangat kondusif. Ini akan memudahkan proses pembelajaran kita. Andai di rumah, pastikan tempat tersebut mampu merangsang minat kita untuk mentelaah tanpa terdapat gangguan luar seperti suasana yang bising yang boleh merencatkan proses pembelajaran. Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan dan tidak selesa. Pastikan juga meja belajar menghadap ke arah kiblat. - MASA
-Sebelum memulakan suatu sesi pembelajaran, pemilihan waktu yang tepat adalah penting untuk memastikan minda kita mampu menerimanya dengan keadaan yang optimum. Contohnya, kebanyakan pelajar suka mengulang kaji pelajaran mereka pada tengah malam atau seawal pagi kerana pada masa ini keadaan sunyi dan minda kita akan dapat fokus pada apa yang kita belajar. Tetapi waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu. Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. - NOTA
-Setiap kali kita mengulang kaji pelajaran, sebaiknya jangan hanya
membaca buku sahaja tetapi adalah lebih baik kita membuat nota ringkas.
Ia membantu kita untuk mengingat.
Di samping itu juga, kita boleh membawa nota tersebut ke mana sahaja dan boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja. Nota yang baik bukan hanya nota yang ringkas, tapi nota tersebut hendaklah mudah untuk difahami. Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting hendaklah digariskan. Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu.
Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza dan kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang diiginkan.
Tuesday, 29 May 2012
Kaedah Belajar
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang teknik-teknik atau kaedah pembelajaran yang boleh diamalkan sebagai langkah untuk mencapai kejayaan dalam bidang pembelajaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment