Tuesday, 1 May 2012

Mata..

Seringkali kita menyebut ' letihnya tangan aku..' apabila kita menulis terlalu lama. Namun bukan sahaja tangan malah mata juga merupakan anggota badan yang sering mengalami keletihan tanpa kita sedari. Antara punca yang menyebabkan mata letih dan penat ialah :

1.Terlalu fokus
Apabila kita melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata kita akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.

2.Masalah mata
Mata cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata kita sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaannya.


3.Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata akan berasa cepat letih.

4.Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata bekerja lebih masa.

5.Jarang berkelip
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini kita dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.

No comments:

Post a Comment