Wednesday, 9 May 2012

Ikhlas...

Kali ini saya ingin membuat ringkasan tentang sebuah artikel yang telah saya baca berkenaan ikhlas. Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas Iman. Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal. Sekiranya niat atau dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain Allah seperti riak, megah, glamor, pangkat, takut orang tidak suka, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka keikhlasannya telah ternoda. Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai iaitu yang terdedah kepada pandangan umum seperti mengajar, gotong-royong, forum dan upacara memberi hadiah.

Menurut Imam Ghazali terdapat 3 tahap ikhlas:
  •  Tahap seorang hamba. Ini bermaksud apabila kita melakukan sesuatu perkara itu, kita melaksanakannya kerana takut tuan kita akan marah.
  • Tahap seorang pedagang. Tahap ini bermakna kita melakukan sesuatu untuk mendapatkan ganjaran.
  • Tahap seorang kekasih. Tahap ini merupakan tahap ikhlas yang paling tinggi kerana kita membuat  sesuatu atas dasar sebagai seorang kekasih. Kita melaksanakan ibadah sebab kita cinta akan Allah, sebab kita sayang hubungan kita dengan Allah.
Oleh itu kita hendaklah melaksanakan kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

No comments:

Post a Comment