Penyakit jantung merupakan salah satu penyakit kronik yang sering dihidapi oleh rakyat Malaysia. Penyakit ini seringkali dikaitkan dengan amalan pemakanan yang mengandungi banyak kolestrol. Berikut adalah beberapa jenis makanan anti-kolesterol yang boleh dimakan untuk mengurangkan kolesterol dalam badan.
- Epal-Memakan sebiji epal serta meminum jusnya setiap hari adalah mencukupi untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanakkanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.
- Ikan tuna-Ikan tuna termasuk dalam sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain daripada salmon dan kembong. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
- Kacang tanah-Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
- Mangga-Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber vitamin C yang lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.
- Kismis-Kismis mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.
- Oat-Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak.
- Jambu batu-Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.
No comments:
Post a Comment