Tuesday, 22 May 2012

Ubi Kayu

Ubi kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain daripada dijadikan kanji pemekat kuah masakan.
                
            Dalam mempelopori potensi kegunaan ubi kayu, sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI), yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun, telah berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu yang juga boleh dimakan. Dengan menghasilkan produk daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang berada di pasaran. Memang diakui kini terdapat pelbagai jenis pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan. Ada juga yang dihasilkan daripada bahan petroleum. Justeru, dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 120 hingga 80 hari untuk diuraikan. 
            
              Pinggan daripada ubi kayu agak berbeza kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 28 hari.Pinggan ubi kayu juga memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu saiz mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz sebenar.


Wednesday, 16 May 2012

Barangan Kosmetik..

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang barangan kosmetik yang telah saya baca dari buletin pengguna. Barangan kosmetik telah menjadi satu kemestian bagi golongan wanita terutamanya wanita yang bekerja. Kebanyakan barangan kosmetik digunakan dengan kerap dan mereka akan berhenti dari menggunakannya apabila barangan tersebut bertukar warna atau rasa. Ini adalah disebabkan kebanyakan barangan kosmetik tidak mempunyai tarikh luput tetapi hanya melabelkan tarikh pembuatan sahaja. Kosmetik terdiri daripada bahan kimia dan bahan pengawet yang mempunyai jangka hayat. Selepas satu jangka masa tertentu, tindak balas kimia mungkin berlaku dalam barangan kosmetik tersebut. Bahan pengawet pula boleh rosak atau hilang kuasa pengawetannya apabila terdedah atau dicampur dengan elemen lain seperti air. Oleh kerana barangan kosmetik ini kebiasaannya berada didalam keadaan lembap, ia amat terdedah kepada pertumbuhan bakteria.

Berikut adalah senarai barangan kosmetik dan jangka hayatnya (dengan anggapan ia digunakan dan disimpan dalam keadaan yang disyorkan) :
  • Pelentik mata (mascara)
    -Jangka Hayat : 3 – 6 bulan. Pelentik mata harus digunakan 3 hingga 6 bulan selepas ia dibuka. Ini kerana berus pelentik mata yang dicelup dengan berkali-kali ke dalam bekasnya boleh meningkatkan risiko pencemaran. Ia membenarkan bakteria masuk ke dasar bekas tersebut yang keadaannya lebih lembap dan menggalakkan pertumbuhan bakteria. 
  • Pelembap Kulit (moisturizer)
    -Jangka Hayat : 3 – 12 bulan. Secara umumnya, pelembap kulit perlu digunakan mengikut jangkamasa yang dicadangkan, terutamanya pelembap yang mengandungi minyak atau ekstrak tumbuhan. Ini kerana bahan organik seperti ekstrak tumbuhan akan hilang fungsinya secara beransur-ansur.
  • Bedak asas (foundation)
    -Jangka Hayat : Bedak asas tanpa minyak (12 bulan); Pelembap, krim atau bedak asas padat / kompak (18 bulan) Bedak asas juga perlu digunakan sebaiknya. Bedak asas tanpa minyak mempunyai jangka hayat yang sangat pendek kerana ia lebih cepat kering daripada jenis bedak asas yang lain. Bedak kompak pula mungkin akan mengalami kekeringan lebih awal kerana bercampur dengan minyak semula jadi daripada kulit yang tertinggal pada span yang digunakan.
  • Penutup cela (concealer)
    -Jangka Hayat : 12 – 18 bulan. Penutup cela jenis batang adalah jenis penutup cela yang tahan paling lama. Anda boleh mengetahui keadaan tamat jangka hayatnya apabila ia menjadi kering dan tidak lembut lagi sewaktu digunakan. Penutup cela jenis cecair pula akan mula terpisah dan berketul-ketul apabila tamat tarikh luputnya.
  • Pemerah pipi (blusher)
    -Jangka Hayat : Pemerah pipi ( 2 tahun) ; Krim pemerah pipi (12-18 bulan) . Selepas dua tahun, pemerah pipi mungkin akan menjadi lebih kering dan seakan-akan licin kerana campuran minyak daripada kulit. Warnanya juga akan berubah menjadikannya tidak sesuai untuk digunakan. Krim pemerah pipi mempunyai jangka hayat yang lebih pendek daripada jenis bedak kerana ia mengandungi emulsi yang tidak stabil.
  • Pembayang mata (eye shadow)
    -Jangka Hayat : Pembayang mata (2 tahun); Krim pembayang mata (12-18 bulan) Pembayang mata boleh tahan untuk jangka masa yang lama kerana ia adalah dari jenis yang berpigmen. Seperti juga krim pipi, pembayang mata jenis krim mempunyai emulsi yang tidak stabil.
  • Gincu bibir (lipstick)
    -Jangka Hayat : 2 tahun . Gincu secara umumnya tahan lama kerana ia adalah formula campuran pigmen dan lemak. Buih-buih yang mungkin terdapat di atas gincu tidak bermakna ia telah rosak tetapi merupakan titisan kelembapan yang boleh dilap.
  • Pengilat bibir (lip gloss)
    -Jangka Hayat : 18 bulan-2 tahun. Pengilat bibir tidak tahan lama sepertimana gincu bibir kerana formula pembuatannya adalah berbeza. Ia juga sangat terdedah kepada pencemaran bakteria kerana mempunyai kelembapan yang tinggi.




Tuesday, 15 May 2012

Teksi...

berdasarkan kajian yang dibuat kepada pelancong yang datang ke Malaysia, perkhidmatan teksi menduduki tempat pertama tentang perkar yang pelancong tidak suka mengenai negara kita, Malaysia. Permintaan tambang berlebihan, keengganan mengambil penumpang, tidak menggunakan meter dan enggan memberikan resit serta menurunkan penumpang di kawasan larangan merupakan aduan yang paling banyak terhadap pemandu teksi dalam kaji selidik ketidakpuasan pelancong yang datang ke Malaysia.Pengguna perlu bijak merancang perjalanan untuk mengelak ditipu oleh pemndu-pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab ini.
Terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan oleh pengguna sebelum menggunakan perkhidmatan teksi.

Kenal pasti jalan yang ingin dilalui dan jumlah tambang
-seperti mana anda merancang perjalanan, anda juga boleh mengenal pasti jalan yang ingin dilalui. Anda boleh bertanyakan pekerja hotel, pegawai polis peronda atau pun posmen. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai jumlah tambang yang sepatutnya dengan menghubungi persatuan-persatuan teksi negeri.

Bawa peta, pensil dan kamera
-Sekiranya anda baru kali pertama pergi ke destinasi tersebut, anda boleh mencatatkan jalan yang digunakan oleh pemandu teksi sebagai rujukan dan langkah berjaga-jaga

Sediakan wang kecil secukupnya
-Tidak memiliki wang baki adalah salah satu alasan yang sering digunakan pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan keuntungan.

Pilih teksi yang menggunakan meter
-Segelintir pemandu teksi yang degil masih enggan menggunakan meter dan mengenakan bayaran sesuka hati. Anda perlu bertanyakan kepada pemandu sama ada teksi tersebut menggunakan meter atau tidak terutamanya apabila anda kali pertama tiba di tempat tersebut.

Simpan resit
-Resit diperlukan sebagai tuntutan dan sebagai bukti sekiranya berlaku kesalahan.

Pilih untuk duduk di kerusi penumpang belakang
-Rompakan dan pencabulan boleh berlaku tanpa kita duga. Memilih untuk duduk di kerusi penumpang bahagian belakang adalah pilihan yang bijak terutamanya sekiranya anda adalah penumpang wanita dan bersendirian.

Wednesday, 9 May 2012

MAP...

Esok bersamaan 10 Mei iaitu hari Khamis, kolej kediaman saya ( KTHO ) akan mengadakan majlis makan malam atau lebih dikenali sebagai Malam Anugerah Pelajar ( MAP ). Dan sebagai salah seorang ahli jawatankuasa MAP saya turut terlibat dalam membuat persiapan untuk makan malam ini. Sebenarnya persiapan utk mkn mlm ini telah lama dijlnkan iaitu pd akhir sem satu tp biasalah bile dah saat2x akhir ni mcm-mcm x siap ag..  jamuan ade masalah,  keje teknikal x siap lagi, t-shirt  MAP x dpt lagi dan saya sbg ajk dekorasi pentas pun x terlepas dr mengalami masalah. Masalah2x ini mungkin berpunca dr ajk sendiri iaitu masing-masing x dpt memberikn komitmen sepenuhnya termasuklah sye sendiri ( asyik x dtg meeting je keje smpai ketua pengarah pun naik angin ).. keje pun asyik b'tangguh je.. tp itulah nmenye keje kumpulan kn mcm2x ragam ade.. perasaan sye pun dah jadi b'campur gembira ade, sedih ade, geram lagi la byk  tp sekurang-kurangnya sye dpt la sedikit sebyk pengalaman bagaimne sesuatu program itu b'langsung.. apepun sye b'harap semoga MAP yg bakal b'langsung esok b'jln lancar...


Ikhlas...

Kali ini saya ingin membuat ringkasan tentang sebuah artikel yang telah saya baca berkenaan ikhlas. Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas Iman. Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal. Sekiranya niat atau dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain Allah seperti riak, megah, glamor, pangkat, takut orang tidak suka, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka keikhlasannya telah ternoda. Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai iaitu yang terdedah kepada pandangan umum seperti mengajar, gotong-royong, forum dan upacara memberi hadiah.

Menurut Imam Ghazali terdapat 3 tahap ikhlas:
  •  Tahap seorang hamba. Ini bermaksud apabila kita melakukan sesuatu perkara itu, kita melaksanakannya kerana takut tuan kita akan marah.
  • Tahap seorang pedagang. Tahap ini bermakna kita melakukan sesuatu untuk mendapatkan ganjaran.
  • Tahap seorang kekasih. Tahap ini merupakan tahap ikhlas yang paling tinggi kerana kita membuat  sesuatu atas dasar sebagai seorang kekasih. Kita melaksanakan ibadah sebab kita cinta akan Allah, sebab kita sayang hubungan kita dengan Allah.
Oleh itu kita hendaklah melaksanakan kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Wednesday, 2 May 2012

Hari yang Memenatkan...

Down.. down.. down... Itulah perkataan yang boleh menggambarkan perasaan saya sekarang ni.. Sebenarnya saya dan kawan-kawan saya merancang utk keluar pada hari ini.. Oleh itu, saya dan kawan saya Ain Syuhada pun memulakan perjalanan ke destinasi pertama kami iaitu Kajang pada pukul 9 pagi. Tujuan saya pergi ke Kajang sebenarnya utk membayar bil telefon rumah seperti yg dipesan oleh emak saya. Sebaik saja saya masuk ke TM Point tu saya pun pergi ke kaunter pertanyaaan utk mengambil no. giliran tetapi diberitahu oleh petugas kaunter tersebut.. " minta maaf cik, hari ini sistem kami down jadi proses pembayaran akan menjadi lambat ". Kebetulan pula saya tidak membawa bil lalu saya menelefon operator TM utk mendptkn no.akaun telefon rumah saya. Setelah menunggu hampir setgh jam barulah operator t'sebut mengangkat telefon.. aishh lambatnya.. lalu saya pun masuk semula ke dlm Tm Point dan mengambil no. giliran.. lama pun lama lah yg penting dpt bayar alang-alang dah sampai kn.. tp kesian kat ain Syuhada sbb dye pun t'paksa tunggu saya.. Sebaik saja tinggal beberapa org lagi sblm smpai ke giliran saya tiba-tiba petugas kaunter meminta maaf skali lagi krn semua sistem sudah ditutup jadi proses pembayaran mmg x dpt dijlnkn.. mmg geram sgt tp nak wat camne xde rezeki nmenye.. Kami pun meneruskn p'jlnn ke destinasi utama kami iaitu Berjaya Times Square (TS)..Tapi kali ni kami b'jln bertiga sbb kwn kami lagi seorg iaitu Hena pun turut bersama kami.. Kami pun meronda-ronda di stp tingkat dan ape lagi.. 'shopping time'.. setelah puas membeli belah lalu kami menaiki KL Monorel utk pergi ke KL sentral.. Sebaik tiba di KL Sentral tiba-tiba kami ditahan oleh sekumpulan lelaki yg memp'knlkn diri mereka sbg agen prepaid celcom. kami dipaksa mengambil 2 sim card yg b'lainan yg dikatakn mempunyai plbagai manfaat dan dikehendaki mendaftar no tersebut.. igtkn daftar je rupenye last skali sblm kami pergi kami dikehendaki membayar komisen kpd 'agen' t'sebut.. mmg terbang la duit lagi kn.. rse t'tipu sgt sbb sim card tu pun x tau betul ke x.. lpas tu waktu nak pergi ke KTM KL Sentral utk pulang ke UKM tiba-tiba saya ditahan pula seorg lelaki bangsa Cina yg menyuruh saya mengisi borang.. Saya rase pelik dan terus b'jln pergi tp lelaki t'sebut terus mengejar saya.. mmg saya jln mcm lipas kudung la.. nasib baik lpas tu dye berhenti kejar.. dah la tgh hujan lebat.. mmg seram rsenye.. Mcm-mcm yg jadi tp akhirnya saya sampai juga ke UKM semula pukul 7 ptg.. penat sgt rsenye tp padan muka sape yg sgt keluar kn.. apepun terima kasih kpd Ain Syuhada dan Hena sbb sudi menemani saya ari ni.. mcm-mcm la.. mule2x 'system down' pastu 'server down' last kali ape lagi 'shut down' la...

Tuesday, 1 May 2012

Mata..

Seringkali kita menyebut ' letihnya tangan aku..' apabila kita menulis terlalu lama. Namun bukan sahaja tangan malah mata juga merupakan anggota badan yang sering mengalami keletihan tanpa kita sedari. Antara punca yang menyebabkan mata letih dan penat ialah :

1.Terlalu fokus
Apabila kita melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata kita akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.

2.Masalah mata
Mata cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata kita sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaannya.


3.Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata akan berasa cepat letih.

4.Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata bekerja lebih masa.

5.Jarang berkelip
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini kita dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.