Thursday, 7 June 2012

Menuntut ilmu...

Kali ini saya ingin berkongsi pula tentang konsep menuntut ilmu.  Ilmuan Islam membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah.

Contoh Ilmu Fardhu Ain ialah :
  • Ilmu asas tauhid atau aqidah
  • Ilmu asas membaca Al-Quran
  • Ilmu Fiqah
  • Ilmu akhlak
Contoh Ilmu Fardhu Kifayah ialah :
  • Ilmu perubatan
  • Ilmu Sains dan Teknologi
  • Ilmu Perdagangan
Ilmu sesuatu yang berharga dan mulia. Oleh itu setiap individu mestilah menjaga adab-adab menuntut ilmu. Antaranya :
  • Menumpukan perhatian ketika guru mengajar
  • Mematuhi disiplin dan peraturan
  • Bercakap sopan dengan guru
  • Bertanya kepada guru apabila tidak faham 
  • Membuat tugsan dan latihan yang diberikan
  • Mematuhi nasihat guru 
  • Sentiasa berusaha dan berdoa memohon kejayaan
Mempelajari sesuatu ilmu mempunyai banyak kepentingan, seperti :
  • Meningkatkan keyakinan tentang kewujudan dan kekuasaan Allah S.W.T
  • Dapat melaksanakan sesuatu ibadah dan amalan dengan cara yang betul
  • Tidak mudah ditipu dan dipermainkan oleh orang lain
  • Meningkatkan kecemerlangan diri, keluarga dan masyarakat
Islam menggalakkan setiap umatnya berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan sama ada secara formal atau tidak formal. Justeru, kita sebagai umat Islam hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.

Wednesday, 6 June 2012

Komunikasi

Komunikasi adalah satu proses pertukaran maklumat dan idea antara dua orang atau lebih untuk menghasilkan maklum balas.

Amalan berkomunikasi secara beradab :
  • Memberi salam terlebih dahulu
  • Meminta izin untuk berbicara
  • Tidak menyinggung perasaan orang lain
  • Melihat situasi dan keadaan yang sesuai sebelum berbicara
Amalan berkomunikasi secara tidak beradab :
  • Tidak memberi salam terlebih dahulu
  • Meningggikan suara ketika berkomunikasi
  • Berbicara dengan perkataan yang kesat dan kotor
Berikut adalah perkara yang seharusnya dilakukan oleh seseorang itu apabila  berkomunikasi. Antaranya ialah :
  • Bercakap benar pada semua keadaan
  • Memohon maaf sekiranya terkasar bahasa
  • Bersikap rendah diri 
  • Mengucapkan perkataan yang baik dan berfaedah
  • Bercakap lemah lembut dengan memandang muka pendengar  
  • Menyesuaikan percakapan dengan majlis yang dihadiri
Apabila seseorang individu itu beradab ketika berkomunikasi, ia menjadikan maruah individu tersebut terjaga, disayangi masyarakat dan melahirkan suasana harmoni serta menjauhkan kita dari prasangka yang buruk dan salah faham. Sebaliknya, antara akibat apabila kita tidak beradab ketika berkomunikasi, ia akan menyebabkan kita dipandang rendah oleh masyarakat, hubungan dengan rakan dan orang lain menjadi renggang dan menunjukkan peribadi dan perangai yang buruk kepada orang ramai.

Tuesday, 29 May 2012

Kaedah Belajar

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang teknik-teknik atau kaedah pembelajaran yang boleh diamalkan sebagai langkah untuk mencapai kejayaan dalam bidang pembelajaran.

  • TEMPAT BELAJAR
    -Perkara ini haruslah diambil berat kerana apabila keadaan tempat belajar kita kemas dan teratur sudah tentu kita dapat belajar sesuatu perkara itu dengan baik. Seeloknya tempat yang baik untuk kita belajar ialah di perpustakaan kerana suasana yang sangat kondusif. Ini akan memudahkan proses pembelajaran kita. Andai di rumah, pastikan tempat tersebut mampu merangsang minat kita untuk mentelaah tanpa terdapat gangguan luar seperti suasana yang bising yang boleh merencatkan proses pembelajaran. Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan dan tidak selesa. Pastikan juga meja belajar menghadap ke arah kiblat.
  • MASA
    -Sebelum memulakan suatu sesi pembelajaran, pemilihan waktu yang tepat adalah penting untuk memastikan minda kita mampu menerimanya dengan keadaan yang optimum. Contohnya, kebanyakan pelajar suka mengulang kaji pelajaran mereka pada tengah malam atau seawal pagi kerana pada masa ini keadaan sunyi dan minda kita akan dapat fokus pada apa yang kita belajar. Tetapi waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu. Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. 
  • NOTA -Setiap kali kita mengulang kaji pelajaran, sebaiknya jangan hanya membaca buku sahaja tetapi adalah lebih baik kita membuat nota ringkas. Ia membantu kita untuk mengingat.
    Di samping itu juga, kita boleh membawa nota tersebut ke mana sahaja dan boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja. Nota yang baik bukan hanya nota yang ringkas, tapi nota tersebut hendaklah mudah untuk difahami. Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting hendaklah digariskan. Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu.

    Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza dan kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang diiginkan.





Saturday, 26 May 2012

Makanan Anti-Kolestrol

Penyakit jantung merupakan salah satu penyakit kronik yang sering dihidapi oleh rakyat Malaysia. Penyakit ini seringkali dikaitkan dengan amalan pemakanan yang mengandungi banyak kolestrol. Berikut adalah beberapa jenis makanan anti-kolesterol yang boleh dimakan untuk mengurangkan kolesterol dalam badan.
  • Epal-Memakan sebiji epal serta meminum jusnya setiap hari adalah mencukupi untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanakkanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.
  • Ikan tuna-Ikan tuna termasuk dalam sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain daripada salmon dan kembong. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
  • Kacang tanah-Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
  • Mangga-Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber vitamin C yang lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.
  • Kismis-Kismis mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.
  • Oat-Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak.
  • Jambu batu-Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.


Tuesday, 22 May 2012

Masalah Kelemumur

Kelemumur sebenarnya adalah masalah kulit kepala yang boleh dialami oleh sesiapa saja termasuk bayi, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Kebanyakan kes kelemumur tidak memerlukan rawatan doktor, tetapi jika selepas beberapa minggu menggunakan syampu berubat, kelemumur tidak hilang atau kulit kepala menjadi merah dan bengkak, anda mungkin perlu berjumpa pakar kulit.
         
          Ramai orang beranggapan bahawa kelemumur mempunyai kaitan dengan masalah kebersihan dan kekerapan seseorang membasuh rambut. Sebenarnya anggapan ini tidak benar. Kelemumur tetap akan berlaku walaupun anda bersyampu atau sebaliknya. Kelemumur sebenarnya sebahagian daripada proses
normal pertumbuhan sel kulit kepala yang baru. Ia selalunya dikaitkan dengan proses sel kulit tumbuh dan mati lebih cepat berbanding masa yang sepatutnya.

         Punca sebenar kelemumur terjadi tidak diketahui. Secara umumnya, ia dikaitkan dengan kewujudan kulat (fungus) dikenali sebagai ‘pityrosporum ovale’. Kulat itu menyebabkan seseorang mengalami kelemumur. Kulat ini tinggal pada kulit kepala. Adakalanya apabila jumlahnya terlalu banyak ia menyebabkan kegatalan dan sel kulit gugur.
 
Punca
• Kulit kering - punca biasa yang menyebabkan kegatalan dan kulit berkeruping.
• Kulit gatal dan berminyak - menyebabkan kulit bertanda kemerahan dan berminyak.
• Kurang bersyampu
• Masalah kulit seperti psoriasis
• Ekzema pada kulit kepala
• Sensitif pada bahan kimia yang digunakan dalam syampu rambut
• Perubahan hormon
• Tekanan
• Masalah neurologi

          Secara umumnya, kelemumur boleh ditangani dengan syampu berubat dan kekerapan bersyampu. Namun, jika syampu tidak banyak membantu, seseorang mungkin perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kulit.


Ubi Kayu

Ubi kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain daripada dijadikan kanji pemekat kuah masakan.
                
            Dalam mempelopori potensi kegunaan ubi kayu, sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI), yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun, telah berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu yang juga boleh dimakan. Dengan menghasilkan produk daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang berada di pasaran. Memang diakui kini terdapat pelbagai jenis pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan. Ada juga yang dihasilkan daripada bahan petroleum. Justeru, dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 120 hingga 80 hari untuk diuraikan. 
            
              Pinggan daripada ubi kayu agak berbeza kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 28 hari.Pinggan ubi kayu juga memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu saiz mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz sebenar.


Wednesday, 16 May 2012

Barangan Kosmetik..

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang barangan kosmetik yang telah saya baca dari buletin pengguna. Barangan kosmetik telah menjadi satu kemestian bagi golongan wanita terutamanya wanita yang bekerja. Kebanyakan barangan kosmetik digunakan dengan kerap dan mereka akan berhenti dari menggunakannya apabila barangan tersebut bertukar warna atau rasa. Ini adalah disebabkan kebanyakan barangan kosmetik tidak mempunyai tarikh luput tetapi hanya melabelkan tarikh pembuatan sahaja. Kosmetik terdiri daripada bahan kimia dan bahan pengawet yang mempunyai jangka hayat. Selepas satu jangka masa tertentu, tindak balas kimia mungkin berlaku dalam barangan kosmetik tersebut. Bahan pengawet pula boleh rosak atau hilang kuasa pengawetannya apabila terdedah atau dicampur dengan elemen lain seperti air. Oleh kerana barangan kosmetik ini kebiasaannya berada didalam keadaan lembap, ia amat terdedah kepada pertumbuhan bakteria.

Berikut adalah senarai barangan kosmetik dan jangka hayatnya (dengan anggapan ia digunakan dan disimpan dalam keadaan yang disyorkan) :
  • Pelentik mata (mascara)
    -Jangka Hayat : 3 – 6 bulan. Pelentik mata harus digunakan 3 hingga 6 bulan selepas ia dibuka. Ini kerana berus pelentik mata yang dicelup dengan berkali-kali ke dalam bekasnya boleh meningkatkan risiko pencemaran. Ia membenarkan bakteria masuk ke dasar bekas tersebut yang keadaannya lebih lembap dan menggalakkan pertumbuhan bakteria. 
  • Pelembap Kulit (moisturizer)
    -Jangka Hayat : 3 – 12 bulan. Secara umumnya, pelembap kulit perlu digunakan mengikut jangkamasa yang dicadangkan, terutamanya pelembap yang mengandungi minyak atau ekstrak tumbuhan. Ini kerana bahan organik seperti ekstrak tumbuhan akan hilang fungsinya secara beransur-ansur.
  • Bedak asas (foundation)
    -Jangka Hayat : Bedak asas tanpa minyak (12 bulan); Pelembap, krim atau bedak asas padat / kompak (18 bulan) Bedak asas juga perlu digunakan sebaiknya. Bedak asas tanpa minyak mempunyai jangka hayat yang sangat pendek kerana ia lebih cepat kering daripada jenis bedak asas yang lain. Bedak kompak pula mungkin akan mengalami kekeringan lebih awal kerana bercampur dengan minyak semula jadi daripada kulit yang tertinggal pada span yang digunakan.
  • Penutup cela (concealer)
    -Jangka Hayat : 12 – 18 bulan. Penutup cela jenis batang adalah jenis penutup cela yang tahan paling lama. Anda boleh mengetahui keadaan tamat jangka hayatnya apabila ia menjadi kering dan tidak lembut lagi sewaktu digunakan. Penutup cela jenis cecair pula akan mula terpisah dan berketul-ketul apabila tamat tarikh luputnya.
  • Pemerah pipi (blusher)
    -Jangka Hayat : Pemerah pipi ( 2 tahun) ; Krim pemerah pipi (12-18 bulan) . Selepas dua tahun, pemerah pipi mungkin akan menjadi lebih kering dan seakan-akan licin kerana campuran minyak daripada kulit. Warnanya juga akan berubah menjadikannya tidak sesuai untuk digunakan. Krim pemerah pipi mempunyai jangka hayat yang lebih pendek daripada jenis bedak kerana ia mengandungi emulsi yang tidak stabil.
  • Pembayang mata (eye shadow)
    -Jangka Hayat : Pembayang mata (2 tahun); Krim pembayang mata (12-18 bulan) Pembayang mata boleh tahan untuk jangka masa yang lama kerana ia adalah dari jenis yang berpigmen. Seperti juga krim pipi, pembayang mata jenis krim mempunyai emulsi yang tidak stabil.
  • Gincu bibir (lipstick)
    -Jangka Hayat : 2 tahun . Gincu secara umumnya tahan lama kerana ia adalah formula campuran pigmen dan lemak. Buih-buih yang mungkin terdapat di atas gincu tidak bermakna ia telah rosak tetapi merupakan titisan kelembapan yang boleh dilap.
  • Pengilat bibir (lip gloss)
    -Jangka Hayat : 18 bulan-2 tahun. Pengilat bibir tidak tahan lama sepertimana gincu bibir kerana formula pembuatannya adalah berbeza. Ia juga sangat terdedah kepada pencemaran bakteria kerana mempunyai kelembapan yang tinggi.




Tuesday, 15 May 2012

Teksi...

berdasarkan kajian yang dibuat kepada pelancong yang datang ke Malaysia, perkhidmatan teksi menduduki tempat pertama tentang perkar yang pelancong tidak suka mengenai negara kita, Malaysia. Permintaan tambang berlebihan, keengganan mengambil penumpang, tidak menggunakan meter dan enggan memberikan resit serta menurunkan penumpang di kawasan larangan merupakan aduan yang paling banyak terhadap pemandu teksi dalam kaji selidik ketidakpuasan pelancong yang datang ke Malaysia.Pengguna perlu bijak merancang perjalanan untuk mengelak ditipu oleh pemndu-pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab ini.
Terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan oleh pengguna sebelum menggunakan perkhidmatan teksi.

Kenal pasti jalan yang ingin dilalui dan jumlah tambang
-seperti mana anda merancang perjalanan, anda juga boleh mengenal pasti jalan yang ingin dilalui. Anda boleh bertanyakan pekerja hotel, pegawai polis peronda atau pun posmen. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai jumlah tambang yang sepatutnya dengan menghubungi persatuan-persatuan teksi negeri.

Bawa peta, pensil dan kamera
-Sekiranya anda baru kali pertama pergi ke destinasi tersebut, anda boleh mencatatkan jalan yang digunakan oleh pemandu teksi sebagai rujukan dan langkah berjaga-jaga

Sediakan wang kecil secukupnya
-Tidak memiliki wang baki adalah salah satu alasan yang sering digunakan pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan keuntungan.

Pilih teksi yang menggunakan meter
-Segelintir pemandu teksi yang degil masih enggan menggunakan meter dan mengenakan bayaran sesuka hati. Anda perlu bertanyakan kepada pemandu sama ada teksi tersebut menggunakan meter atau tidak terutamanya apabila anda kali pertama tiba di tempat tersebut.

Simpan resit
-Resit diperlukan sebagai tuntutan dan sebagai bukti sekiranya berlaku kesalahan.

Pilih untuk duduk di kerusi penumpang belakang
-Rompakan dan pencabulan boleh berlaku tanpa kita duga. Memilih untuk duduk di kerusi penumpang bahagian belakang adalah pilihan yang bijak terutamanya sekiranya anda adalah penumpang wanita dan bersendirian.

Wednesday, 9 May 2012

MAP...

Esok bersamaan 10 Mei iaitu hari Khamis, kolej kediaman saya ( KTHO ) akan mengadakan majlis makan malam atau lebih dikenali sebagai Malam Anugerah Pelajar ( MAP ). Dan sebagai salah seorang ahli jawatankuasa MAP saya turut terlibat dalam membuat persiapan untuk makan malam ini. Sebenarnya persiapan utk mkn mlm ini telah lama dijlnkan iaitu pd akhir sem satu tp biasalah bile dah saat2x akhir ni mcm-mcm x siap ag..  jamuan ade masalah,  keje teknikal x siap lagi, t-shirt  MAP x dpt lagi dan saya sbg ajk dekorasi pentas pun x terlepas dr mengalami masalah. Masalah2x ini mungkin berpunca dr ajk sendiri iaitu masing-masing x dpt memberikn komitmen sepenuhnya termasuklah sye sendiri ( asyik x dtg meeting je keje smpai ketua pengarah pun naik angin ).. keje pun asyik b'tangguh je.. tp itulah nmenye keje kumpulan kn mcm2x ragam ade.. perasaan sye pun dah jadi b'campur gembira ade, sedih ade, geram lagi la byk  tp sekurang-kurangnya sye dpt la sedikit sebyk pengalaman bagaimne sesuatu program itu b'langsung.. apepun sye b'harap semoga MAP yg bakal b'langsung esok b'jln lancar...


Ikhlas...

Kali ini saya ingin membuat ringkasan tentang sebuah artikel yang telah saya baca berkenaan ikhlas. Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas Iman. Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal. Sekiranya niat atau dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain Allah seperti riak, megah, glamor, pangkat, takut orang tidak suka, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka keikhlasannya telah ternoda. Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai iaitu yang terdedah kepada pandangan umum seperti mengajar, gotong-royong, forum dan upacara memberi hadiah.

Menurut Imam Ghazali terdapat 3 tahap ikhlas:
  •  Tahap seorang hamba. Ini bermaksud apabila kita melakukan sesuatu perkara itu, kita melaksanakannya kerana takut tuan kita akan marah.
  • Tahap seorang pedagang. Tahap ini bermakna kita melakukan sesuatu untuk mendapatkan ganjaran.
  • Tahap seorang kekasih. Tahap ini merupakan tahap ikhlas yang paling tinggi kerana kita membuat  sesuatu atas dasar sebagai seorang kekasih. Kita melaksanakan ibadah sebab kita cinta akan Allah, sebab kita sayang hubungan kita dengan Allah.
Oleh itu kita hendaklah melaksanakan kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Wednesday, 2 May 2012

Hari yang Memenatkan...

Down.. down.. down... Itulah perkataan yang boleh menggambarkan perasaan saya sekarang ni.. Sebenarnya saya dan kawan-kawan saya merancang utk keluar pada hari ini.. Oleh itu, saya dan kawan saya Ain Syuhada pun memulakan perjalanan ke destinasi pertama kami iaitu Kajang pada pukul 9 pagi. Tujuan saya pergi ke Kajang sebenarnya utk membayar bil telefon rumah seperti yg dipesan oleh emak saya. Sebaik saja saya masuk ke TM Point tu saya pun pergi ke kaunter pertanyaaan utk mengambil no. giliran tetapi diberitahu oleh petugas kaunter tersebut.. " minta maaf cik, hari ini sistem kami down jadi proses pembayaran akan menjadi lambat ". Kebetulan pula saya tidak membawa bil lalu saya menelefon operator TM utk mendptkn no.akaun telefon rumah saya. Setelah menunggu hampir setgh jam barulah operator t'sebut mengangkat telefon.. aishh lambatnya.. lalu saya pun masuk semula ke dlm Tm Point dan mengambil no. giliran.. lama pun lama lah yg penting dpt bayar alang-alang dah sampai kn.. tp kesian kat ain Syuhada sbb dye pun t'paksa tunggu saya.. Sebaik saja tinggal beberapa org lagi sblm smpai ke giliran saya tiba-tiba petugas kaunter meminta maaf skali lagi krn semua sistem sudah ditutup jadi proses pembayaran mmg x dpt dijlnkn.. mmg geram sgt tp nak wat camne xde rezeki nmenye.. Kami pun meneruskn p'jlnn ke destinasi utama kami iaitu Berjaya Times Square (TS)..Tapi kali ni kami b'jln bertiga sbb kwn kami lagi seorg iaitu Hena pun turut bersama kami.. Kami pun meronda-ronda di stp tingkat dan ape lagi.. 'shopping time'.. setelah puas membeli belah lalu kami menaiki KL Monorel utk pergi ke KL sentral.. Sebaik tiba di KL Sentral tiba-tiba kami ditahan oleh sekumpulan lelaki yg memp'knlkn diri mereka sbg agen prepaid celcom. kami dipaksa mengambil 2 sim card yg b'lainan yg dikatakn mempunyai plbagai manfaat dan dikehendaki mendaftar no tersebut.. igtkn daftar je rupenye last skali sblm kami pergi kami dikehendaki membayar komisen kpd 'agen' t'sebut.. mmg terbang la duit lagi kn.. rse t'tipu sgt sbb sim card tu pun x tau betul ke x.. lpas tu waktu nak pergi ke KTM KL Sentral utk pulang ke UKM tiba-tiba saya ditahan pula seorg lelaki bangsa Cina yg menyuruh saya mengisi borang.. Saya rase pelik dan terus b'jln pergi tp lelaki t'sebut terus mengejar saya.. mmg saya jln mcm lipas kudung la.. nasib baik lpas tu dye berhenti kejar.. dah la tgh hujan lebat.. mmg seram rsenye.. Mcm-mcm yg jadi tp akhirnya saya sampai juga ke UKM semula pukul 7 ptg.. penat sgt rsenye tp padan muka sape yg sgt keluar kn.. apepun terima kasih kpd Ain Syuhada dan Hena sbb sudi menemani saya ari ni.. mcm-mcm la.. mule2x 'system down' pastu 'server down' last kali ape lagi 'shut down' la...

Tuesday, 1 May 2012

Mata..

Seringkali kita menyebut ' letihnya tangan aku..' apabila kita menulis terlalu lama. Namun bukan sahaja tangan malah mata juga merupakan anggota badan yang sering mengalami keletihan tanpa kita sedari. Antara punca yang menyebabkan mata letih dan penat ialah :

1.Terlalu fokus
Apabila kita melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata kita akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.

2.Masalah mata
Mata cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata kita sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaannya.


3.Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata akan berasa cepat letih.

4.Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata bekerja lebih masa.

5.Jarang berkelip
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini kita dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.

Wednesday, 25 April 2012

Elakkan Penangguhan

Masalah bertangguh merupakan masalah yang sering melanda diri kita. Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang. Berikut dikongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.

1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?

2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil

3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.

4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.

5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.

6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.

7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.

8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

Kuasa Perkataan

Tanpa kita sedari perkataan sememangnya mempunyai kuasa. Ia mampu membentuk diri individu. Perkataan yang dilemparkan mampu memberi respon positif ataupun negatif daripada diri. Ianya berbalik kepada perkataan itu. Oleh itu, jika kita ingin menjadi seorang yang bermotivasi, pemilihan perkataan adalah amat penting. Dua perkataan yang dapat dikaitkan dengan persoalan yang sering dilemparkan kepada diri adalah 'Mengapa' dan 'Bagaimana'. 

 
Bagaimana?
Bagaimana adalah perkataan berbentuk positif. Ia mengarah kita kepada sesuatu yang lebih baik. Contohnya apabila kita melihat sesuatu atau sedang menghadapi masalah, kita bertanya kepada diri ataupun sekeliling, bagaimana dia melakukannya? Apabila perkataan yang tepat dilontarkan, jawapan yang tepat juga dikeluarkan. Kita akan mula memikir dan mencari bagaimana perkara itu dapat dibuat atau diselesaikan. 'Bagaimana' membawa kepada penyelesaian masalah.


Mengapa?
Seterusnya adalah 'mengapa'. Mengapa adalah perkataan yang membawa ke arah negatif. Apabila kita menghadapi masalah, anda mungkin mengatakan mengapa ianya terjadi kepada kita. Mengapa membawa kita kepada alam alasan. Ia membantu kita membina seribu alasan. Walau ia nampaknya 'baik' kerana membuat kita seorang yang tidak bersalah, tetapi sebenarnya ianya tidak membantu kita untuk masa jangka panjang. 'Mengapa' adalah perkataan lemah.

Oleh itu, apabila kita menghadapi sesuatu masalah atau keadaan, berhati-hatilah memilih perkataan yang ingin ditanya. Perkataan yang betul adalah amat penting dalam memperolehi keputusan yang diingini.

Wednesday, 18 April 2012

Cara Mengurangkan Stres

Salam.. hari ini saya ingin berkongsi dgn anda semua ttg cara utk mengurangkn stres. Lima minit bukanlah satu jangka masa yang lama, tetapi ia akan menjadikan kehidupan anda lebih baik dan positif sekiranya anda melakukan perkara yang boleh meningkatkan kegembiraan dan mengurangkan tekanan. Antara cara-caranya ialah:

  • Ubah suai tempat tidur anda. Bermula setiap pagi dengan mewujudkan persekitaran tenang di dalam bilik tidur mampu memberikan emosi gembira kepada anda. Penulis buku Kebahagiaan Gretchen Rubin, menulis ramai orang akan mendapat ketenangan apabila melakukannya setiap pagi. Caranya mungkin dengan menghias bilik dengan kuntuman bunga, membuat semburan wangian atau menggantungkan gambar keluarga.
  • Bawa makanan berkhasiat. Sebelum keluar pada waktu pagi, apa kata anda pergi ke dapur dan ambil buah-buahan seperti pisang, epal dan anggur atau makanan ringan berkhasiat seperti kacang, kismis atau kurma untuk dimakan atau dibawa ke pejabat. Dengan cara ini, apabila perut lapar pada waktu petang anda hanya perlu mencapai makanan dari dalam beg tangan dan bukannya mencari coklat atau biskut di kedai.
  • Kemas meja. Anda tidak mungkin dapat merevolusikan almari dalam masa lima minit, tetapi anda boleh menguruskan meja supaya kemas, bersih dan teratur. Bersihkan kertas bersepah dan tidak digunakan, cawan berselerak atau habuk pada skrin komputer. Meja yang tidak kemas akan membuatkan anda hilang tumpuan, sekali gus mengurangkan produktiviti. Persekitaran yang baik dan selesa meningkatkan motivasi anda.
  • Mendengar muzik. Kajian mendapati mendengar muzik bukan saja membantu menenangkan jiwa, tetapi merendahkan tekanan darah dan meningkatkan kegembiraan. Muzik sesuai berkuasa mengubah minda dan sikap. Jadi memuat turun lagu menerusi alat pemain MP3 dan mendengarnya ketika bekerja atau di rumah mampu membuatkan anda tersenyum sepanjang hari.
  • Buat aktiviti reganganMengangkat tangan di kepala serta meluruskan kaki adalah senaman ringkas dan berkesan mengurangkan tekanan. Ini kerana regangan membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan pada otot.
  • Luahkan apa yang terbuku di hati. Ini boleh dilakukan dengan menulis perkara yang membuatkan anda tertekan. Misalnya tekanan dalam kesesakan lalu lintas, masalah dengan teman sekerja atau kerja yang terlalu banyak. Dengan cara ini dapat mengurangkan masalah anda.
  • Mematikan peralatan elektronik. Merenung skrin komputer dan elektronik sepanjang hari boleh menyebabkan anda kurang aktif dan tidak bertenaga. Jadi padamkan semua peralatan elektronik seperti telefon dan komputer riba. Ini adalah penting terutamanya membolehkan anda berehat dan bersantai sebelum tidur.
  • Senarai keutamaan. Kerja anda akan menjadi lebih mudah sekiranya anda menyenaraikan keutamaan. Ini membolehkan anda membuat susunan perkara yang perlu dilakukan dulu dan mengelak berlakunya penangguhan. Membuat senarai dan menyemak setiap tugas juga dapat meningkatkan produktiviti anda.

Tuesday, 17 April 2012

Minggu Usahawan Satria KTHO

Pada hari ini kolej kediaman saya iaitu Kolej Tun Hussein Onn telah mengadakan majlis perasmian Minggu Usahawan Satria (MUS) yg bertempat di Pusanika. MUS ini diadakan selama 5 hari iaitu bermula pd 16 April sehingga 20 April. Pelbagai gerai jualan yg dibuka di Pusanika spt makanan, pakaian dan brgn lain. Kepada yg belum daftar sbg pengundi utk pilihan raya juga boleh pergi ke Pusanika utk mendaftar. Terdpt byk aktiviti yg turut diadakn sepanjang berlangsungnya MUS ini spt pertandingan tulisan khat dan kaligrafi cina serta debat antara kolej-kolej kediaman di UKM. Oleh itu anda semua dijemput dtg beramai-ramai ke Pusanika utk memeriahkn lagi MUS ni krn pelbagai hadiah menarik menanti anda...

Thursday, 12 April 2012

Sifat Marah

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang sifat marah yang pernah saya baca dalam sebuah artikel.. Siapakah yang tidak pernah marah? Ia adalah sifat semula jadi yang dibekalkan Allah dalam diri manusia sama ada untuk menguji atau sebagai alat membela. Pendek kata, sifat marah jika digunakan pada tempat dan masa yang sesuai memberi manfaatnya. Jika ada orang mempermainkan Islam kita perlu marah dan mempertahankannya. Begitu juga jika negara diceroboh, kita mesti marah dan ambil tindakan membelanya. Marah yang tidak bertempat sering kali mengundang permusuhan, hasad dengki, pertengkaran malah pembunuhan. Marah menyebabkan kita kehilangan pertimbangan dan kewarasan. Sememangnya sifat marah adalah sebahagian daripada diri kita tetapi yang penting bukan buang sifat marah itu tetapi mengawal dan menggunakannya pada tempat yang sepatutnya.

 Berikut merupakan beberapa cara bagi mengawal perasaan marah:

1. Apabila sedang marah maka hendaklah membaca “ta’awwudz” (memohon perlindungan) kepada Allah sebab pada hakikatnya perasaan marah yang tidak dapat dikawal adalah daripada dorongan syaitan.

Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seseorang di antaramu marah maka katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Allah’, maka marahnya akan menjadi reda”. (Riwayat Abi Dunya).

2. Berusahalah untuk diam atau tidak banyak bicara, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila salah seorang di antara kamu marah maka diamlah.” (Riwayat Ahmad).

3. Jika sedang marah dalam keadaan berdiri maka duduklah, bila duduk masih marah maka berbaringlah. Hal itu ditegaskan Nabi, “Marah itu daripada setan, maka apabila salah seorang di antaramu marah dalam keadaan berdiri duduklah dan apabila dalam keadaan duduk maka berbaringlah.” (Riwayat Asy-Syaikhany).

4. Apabila sudah ta’awwudz, diam, duduk, dan berbaring tidak mampu mengendalikan amarah maka usaha terakhir yang boleh dilakukan ialah dengan cara berwuduk atau mandi.

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan dijadikan daripada api. Dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, apabila seseorang di antaramu marah maka berwuduklah atau mandilah.” (Riwayat Ibnu Asakir, Mauquf). Selamat mencuba!

Cuti pertengahan semester

Minggu ni adalah minggu yg sgt menyeronokkan.. mesti semua tahu kan knape,, sbb minggu ni ialah  cuti mid sem selama 1 minggu yg bermula pd 7 april.. dpt la kami semua pulang ke kampung halaman masing2x ( walaupun saya slalu balik umah )..hehe.. cuti ni sebenarnya sebagai persediaan utk kami menghadapi peperiksaan pertengahan sem 2 mknenye cuti ni kene la study hard kn tp bile dah sampai rumah tu mcm2x la aktivitinya.. macam saya ni setiap ari menghadap TV je pastu main game tp yg bestnye waktu petang mesti saya dan keluarga saya pergi kebun bukan sbb nak kutip durian tau tp kali ni petik limau plak.. kirenye saya exercise la tu... tp kn sedih pun ade gak sbb tinggal berapa ari je lagi nak duduk umah pastu kene balik UKM.. buku pun jarang2x je bukak.. ape la nak jd kat saya ni kn ske sgt study last minute dan minggu depan b'mulalah cabaran utk menghadapi exam mid -sem (walaupun persediaan saya nak exam x cukup lagi ).. apepun selamat bercuti kawan-kawan : )  

Tuesday, 3 April 2012

Teman yang Membawa ke Arah Kebaikan

'Post' sye pd kali ini menceritakan tentang memilih teman yang membawa ke arah kebaikan krn sye pasti anda smua mempunyai teman masing-masing..Terdapat beberapa faktor yang membuatkan kita rosak, antaranya teman dan salah memilih sahabat. Allah s.w.t mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, mereka tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari daripada berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu. 
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu. 
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu. 
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik. 
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. 
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya. 
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya. 
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu. 
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu. 
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu. 
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu. 
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 
  • Dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat 
  • Dia mendorong kamu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.  
Kesimpulannya, kita mestilah mencari teman baik yang dapat membantu. Teman paling baik juga ialah apabila kita melihat wajahnya, kita akan teringat kepada Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya kita akan mengingati mati.

Monday, 2 April 2012

Program Adik Angkat

Pada ari rabu yg lepas kolej kediaman sye iaitu KTHO ade mengadakan program lawatan sambil belajar ke UKM oleh SMK Tok Janggut.. kirenye skolah tu dtg melawat UKM la.. yg menariknye bilik sye dan beberapa bilik kawan yang lain dijadikan penempatan untuk pelajar skola tersebut b'malam. Maknenye saya dpt la 2 org adik angkat yg b'asal dr Kelantan. Dpt la sye b'kenalan dgn org Kelantan.. hehe.. seronok sbb dpt la blaja ckp Kelantan walaupun beberape ari je. Pelajar-pelajar yg datang tu merupakan pelajar ting.6 atas.. beza umur sye dan adik angkat tu pun setahun je.. xde la kakak sgt kn.. hehe.. Tp kesian gak kat 'adik angkat' tu sbb sye x dapat menyediakn tmpt tidur yg selesa. Bilik sye ade 2 tilam je tp kami kene kongsi 4 org mmg sempit la kn.. t'paksa la b'himpit.. nasib baik dyeorg 'stedy je lagi'.. bestnye sbb dpt menambah kenalan dr negeri Cik Siti Wan Kembang. Kami juga diberitahu oleh JAKSA kolej kami kemungkinan bulan April ni skola dr Tangkak mungkin menyusul slps ni.. tak tau la sama ada bilik sye ni t'pilih ke tak utk menjadi penempatan pelajar skola t'sebut... sama-samalah kita menantikannya...

Wednesday, 28 March 2012

Excel Spreadsheet Assignment Nur Izzati & Nor Ain Syuhada

Excel Spreadsheet Assignment

7 perkara tak boleh diubah dalam hidup

Hari ini saya ingin bercerita kepada anda mengenai 7 perkara yang kita tidak boleh ubah dalm hidup iaitu:
  • Jantina.Walaupun pembedahan menukar jantina boleh dilakukan tetapi ia tidak mampu mengubah roh individu berkenaan. oleh itu, kita hendaklah menerima diri kita seadanya
  • Hari kelahiran. Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya. 
  • Bentuk fizikal. Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.
  • Masa lalu. Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran.
 
  • Kedudukan dalam keluarga. Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.
  • Suku bangsa. Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir.  
  •  Orang tua. Kita mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.




     

Tuesday, 27 March 2012

Hiburan Positif Tenangkan Jiwa

Kali ini saya ingn berkongsi dengan anda semua tentang sebuah artikel yang saya pernah baca di dalam sebuah akhbar yang bertajuk Hiburan Positif Tenangkan Jiwa. Ramai di antara kita menggemari hiburan dan sesetengah mereka menganggap hiburan adalah keperluan bagi mengurangkan tekanan.. termasuklah saya.. hehe.. tetapi hiburan bukanlah semata berkenaan nyanyian, konsert, pesta, berkaraoke atau pergi ke kelab malam malah melihat keindahan alam, beriadah, melancong dan berkelah serta ekspidisi juga termasuk sebahagian daripada hiburan.

Terdapat tiga kategori hiburan:
  • Bagi seorang mukmin, iman, ibadat, wirid, zikir dan apa sahaja perbuatan yang membawa pahala daripada Allah dianggap hiburan. Ini kerana hasil daripada itu ialah ketenangan dan ketenteraman. Jiwa akan sentiasa hidup, segar dan emosi pula terkawal. Itulah yang dimaksudkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang.” 
  •  Hiburan kategori kedua pula, iaitu apa saja cara yang dapat menghilangkan keresahan dan kerunsingan yang tidak bertentangan dengan syariat dan akidah. Jika dihayati hiburan jenis ini dapat dijadikan cara bagi mendekatkan diri kepada Allah. Ia seperti kita pergi berkelah untuk menghilangkan rasa bosan selain dapat merasai kehebatan ciptaan Allah sehingga meresap ke dalam jiwa sehingga timbul rasa gerun kepada-Nya. 
  • Kategori dan paling popular di kalangan orang ramai terutama muda-mudi ialah konsert nyanyian yang melalaikan, berpesta, kelab malam dan keluar berpasangan. Tapi keseronokan itu tidak memberi kebahagiaan atau ketenangan malah ia beransur-ansur membawa kesan buruk dan negatif untuk jangka panjang. Hiburan kategori ini mendatangkan kesan buruk pada hati yang tidak dapat dikesan. Hati akan menjadi keras, gelap, kemudian terhalang daripada mendapat kelazatan mengingati Allah, malah sukar menerima kebenaran. 
Justeru, orang yang dapat hiburan hakiki umpama mendapat hidangan makanan yang lazat lagi enak dan tidak perlu lagi pada gula-gula yang tidak berkhasiat. Oleh itu, sebagai hamba Allah kita seharusnya menggunakan nikmat yang diberi untuk ke arah kebaikan.. sekian

Wednesday, 21 March 2012

Muzium Padi Kedah

Hari ini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak tentang tempat yang pernah saya dan keluarga saya lawati semasa cuti sem yang lepas ... 'Muzium Padi' yang terletak di Kedah.. Muzium ini terletak di Gunung Keriang daerah Alor Star. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman dan penuaian padi di Kedah serta turut menjalankan penyelidikan ke atas penanaman padi.
Bangunan Muzium Padi Kedah

Pintu masuk Muzium Padi Kedah

Muzium ini dibangunkan sebagai salah satu kawasan tarikan pelancong. Muzium ini terbahagi kepada 2 tingkat ruang pameran dan satu tingkat ke atas tempat lakaran pemandangan Bukit Keriang. Tingkat atas tempat lakaran tu memang cantik.. lakaran pemandangan memang nampak 'real'.. kreatif sungguh!!

contoh lakaran di tingkat atas Muzium Padi Kedah
Menarik kan tempat ini.. jika berkesempatan saya juga ingin melawat muzium ini lagi kerana pemandangannya yang sangat indah.. oleh itu kepada mereka yang berkunjung ke Kedah jangan la melepaskan peluang untuk melawat Muzium Padi Kedah... Cuti-cuti Malaysia

Aktiviti petang semasa di rumah

Kali ini  saya nak ceritakan aktiviti yang slalu saya buat di waktu petang kalo saya balik ke rumah...
Sebenarnye kebanyakan waktu petang saya dihabiskan di kebun ayah saya sbb adik saya yg paling kecik tu mmg tak sah kalo petang2x tak pegi kebun..ape lagi meraung la dia kalo tak dapat nak pegi dan ayah saya la yg mnjadi peneman setia adik saya di kebun tu tp kalo ayah saya tak dapat nak anta adik pegi kebun saya la yg akn menjadi mangsa utk membawanya ke sana. . tp tak pe sbb saya pun mmg suke pegi sane melihat pokok-pokok kehijauan sejuk mata memandang.. hehe.. jarak dari rumah kek kebun tu tak la jauh sangat tp kene la naik kenderaan dan bagi mereka yg kaki joging tu kalo nak pegi jln kaki no hal la..
Nak tau tak pe yg adik saya buat kat kebun tu.. dekat kebun tu ade la kolam ikan tilapia dan dia asyik memancing ikan je.. tp bagus gak la sbb bile dapat ikan ape lagi buat lauk la..hehe.. nak tau ape yang lagi seronok mesti la waktu musim buah.. tp skrng ni blom musim lagi.. durian pun baru keluar bunga je..
ini la bunga durian..


inilah aktiviti saya sebagai seorang budak kampung... sekian

Wednesday, 14 March 2012

Sungai Gabai

pernahkah anda mengunjungi atau mendengar dari sahabat dan saudara mara anda tentang Sungai Gabai? hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang sungai ini kerana ia merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi jika anda melawat ke Hulu Langat, Selangor..Air terjun Sungai Gabai terletak di Kampung Sungai Lui, mukim Hulu Langat...sebenarnya dekat je dengan rumah saya. hehe... air terjun ini ada 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat paling atas... kiranya memang penat la nak mendaki tangga tu sampai tingkat atas..Sungai Gabai mengalir dari Gunung Besar Hantu (1462 m) yang terletak di Negeri Sembilan.. pemandangannya sangat cantik.. memang ramai yang datang kat sini sampaikan setiap hujung minggu mesti berlaku kesesakan lalu lintas berhampiran rumah saya sebab ramai ibu bapa yang membawa anak mereka berkelah di sini... kepada yang berkesempatan untuk singgah di Dusun Tua, Hulu Langat tu marilah bermandi-manda di Sungai Gabai...
inilah air terjun Sungai Gabai

Sunday, 11 March 2012

Oh Banjir....

Pada ari rabu lepas tibe-tibe je ayah call bagi tau "zati rumah banjir" ... mule-mule tu terkejut gak sbb aku kat UKM mne tau pape kn.. mmg kat sini hujan lebat tapi ingat kan biasa je... ayah kata air naik tinggi sangat kat rumah.. seingat aku ayah pernah cerita kali terakhir Dusun Tua (nama kawasan rumah aku) banjir teruk tahun 1993 kot masa tu aku ni baru je tengah belajar berjalan.. tapi ayah kata banjir kali ni lagi teruk.. adik aku tu plak bukan main suka dia bila dapat main air sempat lagi dia kata " zati, imran tengah tangguk ikan ni ".. budak ni bukan tahu takut.. bahaya betul la.. nasib baik la abang aku ada kat rumah boleh la dia tolong ayah angkat barang-barang yang berat belaka tu.. aku geram + sedih gak la sebab waktu tu takde kat rumah tak dapat merasa main air (bukan nak tolong kat rumah).. huhu..
tapi kesian kat mak sebab byk bende nak kene
kemas.. sory mak.. zati tak dapat tolong sebab tak balik minggu ni (aktiviti kolej+assignment yang bertimbun tak siap lagi).. tapi aku bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku waktu tu.. adik-adik aku yang kat rumah tu longgar kan la tulang korang  pegi bantu mak kemas rumah ye.. SELAMAT MENGEMAS RUMAH.. bye

rumah saya suda banjir la..
  

Wednesday, 7 March 2012

salam.. kembali lagi saya di sini.. hehe.. hari ni bermula la FESTIVAL SANJUNGAN SATRIA 2012 (FESSAT) anjuran  KOLEJ TUN HUSSEIN ONN yang bertempat di Dataran Panggung Seni, UKM sehingga 11 Mac 2012 iaitu bersamaan ahad ni.. pelbagai program & aktiviti menarik anda!! semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi festival ni..
malam tadi saya berpeluang bermain alat muzik yang bernama ANGKLUNG.. best sebab dapat mempelajari sesuatu yang baru.... hehe.. sekian saja untuk kali ni.. bye

Wednesday, 29 February 2012

hello.. welcome to my blog 
i'm the new blogger here so if u have any suggestion or idea just share with me :)